“Dari Belakang Macam Majin Buu,” – Siap ‘Bertoncet’, Netizen Samakan Vida Macam Anime Dragon Ball

Share

Penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) malam tadi mencuri perhatian netizen.

Mengenakan dress sarat perincian rekaan pereka Razman Razmi dalam rona merah jambu, aksesori kepala ‘ala toncet’ yang dikenakan penyanyi Ku Ikhlaskan itu nyata menerima reaksi pelbagai.

Menerusi beberapa hantaran DSV di Instagram, netizen menerusi ruangan komen memberikan pendapat masing-masing.

Pelbagai perbandingan atau persamaan diberikan, antaranya;

“Haha macam enemy dalam Power Rangers tu.”

“Majin Buu Dragon Ball versi Malaysia.”

“Macam jin bertoncet dah Datuk.”

“Inspirasi dari Dragon Ball ke? Majin Buu?”

“Amboi Datuk, nak lawan Aina Abdul ke?”

“Macam jin keluar dari bekas Aladin tu lah.”

“Allahu Datuk, dari belakang macam Majin Buu dah.”

Terdahulu, keberadaan DSV di majlis anugerah itu adalah bagi menyampaikan beberapa anugerah di samping pelakon Catriona Ross.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN