Genap 10 tahun pembabitan dalam bidang seni, pelakon, Janna Nick membuka tahun 2021 dengan melebarkan sayap dalam bidang pengarahan dan penerbitan menerusi telefilem, Delen bakal memulakan tayangannya hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra.
Menariknya, telefilem terbitan syarikat Janna sendiri iaitu Janna Nick Studios menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sean Lee, Sherry Al Hadad, Mark Adam, Joey, Dini Schatzmann, Norreen Iman dan ramai lagi.
Menurut Janna nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia memilih genre komedi romantik untuk naskhah sulungnya itu yang memaparkan kisah percintaan remaja sekolah.
“Saya pilih genre dan jalan cerita ini kerana berasakan lebih mudah untuk mengarah. Tapi, sebenarnya tidak apatah lagi ketika proses suntingan. Kalau dengar komedi romantik memang ringan, tapi nak hasilkan karya sebegini agak sukar juga.
“Namun, apabila sudah terbabit dalam bidang pengarahan dan penerbitan, ia memang memberi pengalaman baharu. Saya mula melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dan perspekif lebih besar.
“Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja, tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerja pengarah dan penerbit.
“Apabila duduk di kerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi. Baru faham setiap pengarah ini ada ‘look’ dan ‘feel’ yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain, pemahaam pelakon dan pengarah tak sama. Menjadi pelakon kena hormat kerja pengarahan,” katanya.
Ads
Bintang drama Marry Me Senorita ini turut menambah, penghasilan teleflem tersebut itu bukan sekadar satu percubaan, sebaliknya dia serius untuk terus menghasilkan lebih banyak karya selepas ini.
“Alhamdulillah, tahun ini genap 10 tahun dalam industri. Dari segi nak mengarah, diakui saya memang tidak kelulusan itu, tapi saya ada dari segi pengaalaman. Dari awal lagi masuk industri saya memang niat dan bercita-cita mahu menjadi pengarah.
“Malah, saya masuk industri pun mahu serius dalam bidang ini. Bukan nak kejar populariti dan glamor saja. Jadi, tidak salah untuk saya mencuba dan meneroka bidang baharu pula. Apabila saya menerbit dan mengarah telefilem ini, ia bukan satu percubaan dan saya takkan berhenti.
“Insya Allah, selepas ini ada satu lagi telefilem yang akan ditayangkan. Cerita berjudul Jeti ini sudah siap menjalani penggambaran pun. Kali ini saya membawakan genre berat dan penuh emosi lakonan hebat Nabila Huda dan Fauziah Nawi.
“Tapi, untuk cerita ini saya memberi fokus kepada pengarahan dan penerbitan saja. Ternyata, untuk genre ini ia lebih mudah berbanding komedi romantik,” katanya.
Ads
Menurut Janna, membabitkan diri dalam bidang penerbitan juga satu percaturan buat dirinya termasuk dalam soal untung dan rugi.
“Saya sudah bersedia sama ada sebagai penerbit atau pengarah. Disebabkan itu saya mencabar dan memberanikan diri menerbitkan telefilem di bawah syarikat sendiri. Kalau nak mengharap penerbit lain ambil saya mengarah mungkin lambat lagi. Jadi, saya kena melabur sendiri.
“Ini bukan soal mencari keuntungan, tapi ia lebih kepada kepuasan. Malah, saya boleh tentukan ‘look’ mana saya nak dalam setiap karya dihasilkan. Mungkin kalau dengan produksi lain akan ada kekangan,” katanya.
Mengakui berdebar dengan tayangan Delen, Janna mengalu-alukan dan terbuka untuk menerima sebarang kritikan membina daripada penonton.
Ads
“Mengarahkan pelakon, jurukamera dan kru berpengalaman sangat mencabar. Sudah tentu mereka akan berfikir apa kredibiliti yang saya ada. Jadi, ini memang mencabar dan menjadi satu cabaran besar buat saya. Duduk di kerusi pengarah, bukan setakat ‘cut & action’. Tapi tanggungjawab sangat besar.
“Memandangkan Delen adalah buah tangan pertama syarikat saya, jadi, saya perlukan kritikan semua orang untuk saya memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti kerja. Sekali gus saya dapat idea dari kritikan semua. Termasuklah, saya juga boleh tahu drama macam mana yang mereka nak tonton.
“Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tidak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar. Lebih baik tegur dan kritik sekarang daripada tidak ada langsung,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Janna berkongsi dia terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang pengarahan di Institut Kesenian Jakarta di Indonesia (IJK) ekoran penularan wabak Covid-19.
Telefilem Delen menampilkan kisah cinta remaja antara Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini) yang merebut cinta Emily (Janna). Robert menganjurkan pertandingan berenang dan meletakkan syarat pemenang pertandingan itu akan berjaya memiliki cinta Emily.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Say Shazril memaklumkan isterinya Dr. Azura kini disahkan hamil tiga bulan.
Menerusi entri di Instagram, Say memberitahu dia dan isteri tidak merancang untuk menimang cahaya mata namun tetap bersyukur atas rezeki yang telah dikurniakan.
Dalam pada itu, hos rancangan bual bicara Tanya Doktor ini meluahkan rasa syukur dan berharap semuanya akan dipermudahkan.
“Topik : Alhamdullilah, Adik Ace In The Making
Masa sebulan bini missed period & positive urine pregnany test, ikutkan hati nak sy kongsi kat satu dunia berita baik ni.
“Tapi pengalaman & kesedihan keguguran lepas mengajar sy untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya larang sy share kat socmed).
“Lepas 3 bulan menahan, arini tuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri2 ja). Kelihatan sihat & lincah bergerak kandungan bini. Terukir senyuman luas pada muka sy & bini.
“3 bulan lepas keguguran, kami berjaya menimang cahaya mata baru ni. Betul lah macam apa yg kalian katakan “sekali gugur, senang nak lekat”.
“Yg ni memang kami tak rancang tapi penangan PKP, makan & tidur & bersama, ulang hari2 Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat sy nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak btau satu dunia lah tu kan?”. Sy tersenyum malu, tapi mahu!
“Maka Alhamdullilah peeps! ADIK ACE IS CURRENTLY IN THE MAKING! 3 bulan yg genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan.
Pada masa yang sama, Say memberitahu isterinya turut mengelami alahan yang teruk sepanjang kehamilan ini.
“Doakan kandungan kami ni sihat sejahtera please. Ampun sy lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Sy tau ampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yg penting kali ni #TeamDaddy #SayJr!
“P/S : Tajam mata ampa tengok kat post bini & story sy ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh sy cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini menerusi ruangan komen entri tersebut.
Sebelum ini, Azura mengalami keguguran anak kedua sekita Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Dr Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi hantaran di laman Instagram, artis versatil, Alif Satar ada berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang mununggang sebuah motosikal model Yamaha RXZ.
Jelas Alif, dia sebenarnya sudah lama teringin untuk cuba menunggang motosikal ikonik kegilaan ramai itu dan akhirnya hajatnya itu menjadi kenyataan.
“Terus terang alif cakap, dari dulu alif TERINGIN nak bawak RXZ. Harini dapat! Apa barang naik superbike bro!,” tulisnya.
Video berdurasi hampir 30 saat itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan penyanyi, Faizal Tahir.
Jelas Faizal, satu ketika dahulu, dia juga memiliki motosikal yang sama yang digunakan sebagai pengangkutan harian sewaktu di zaman universiti.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Selamat Malam Sayang ini mendedahkan dia terpaksa menjual moto kesayangannya itu demi menampung perbelanjaannya untuk menceburi bidang muzik.
“I used to ride this to universiti class everyday back in those days. Decided to sell it even though i needed it to go to class but I wanted to get money to buy a pc to install cubase and learn to produce my own music.
“The rest is history. Alhamdulillah. Btw, this was the motorbike back then,” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut malah ada juga yang berkongsi kisah mereka yang tersendiri mengenai motosikal tersebut.
Sumber: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi telah dijemput sebagai salah seorang panel bagi program hiburan, MeleTOP baru-baru bagi berkongsi perkembangan misi yang dilakukan pasukannya.
Bersama Nabil sebagai hos, Ebit ditanya mengenai bagaimana caranya di dalam mengendalikan kira-kira 43,000 permohonan tab daripada pelajar khususnya bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Saya firkir apa yang boleh dibuat dengan sedikit rezeki yang Allah beri, saya pun beli 100 unit tab untuk kali pertama. Saya offer siapa yang nak tab ni, tak sampai setengah jam telefon sudah ‘hang’.
“Separuh hari sudah 42,000 permintaan,” katanya yang mengakui pada fasa sekarang, setiap ibu bapa yang mempunyai anak memerlukan kemudahan tersebut.
Lalu, Nabil yang terharu atas sumbangan Ebit turut memberikan reaksinya.
“Saya sebenarnya terkesan dengan apa Ustaz tengah buah ni. Ikram muslimin ni memang dahsyat, hebat,” katanya.
Bagaimanapun, paling menarik perhatian apabila Nabil tiba-tiba kelihatan sebak ketika Ebit berkongsi mengenai keperibadian serta perjuangan para Nabi.
“Ustaz, saya terharu. Kalau boleh saya hari-hari berdoa nak ikut jejak nak sama-sama dengan Ustaz,” katanya.
Di akhir temubual, Nabil turut mendoakan agar segala urusan Ebit Lew dipermudahkan sepanjang menjalani misi bantuan selain turut mengharapkan agar dia dapat mengisi masa bersama pendakwah berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen di YouTube para pengguna masing-masing turut tersentuh dengan perkongsian yang dibuat Ebit.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 500,000 kali.
Foto: YouTube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.