Pelakon, Ashraf Muslim mendedahkan dirinya telah terlibat dalam satu insiden kemalangan yang tidak disengajakan sewaktu menjalani penggambaran drama Demi.
Menurut Ashraf, rakan pelakon, Kith Foo dikatakan tidak sengaja menumbuk hidungnya dengan kuat sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan.
Bagaimanapun, Asyraf menyifatkan insiden tersebut merupakan perkara biasa di dalam dunia lakonan.
“Sewaktu menjalani penggambaran di Bukit Fraser, ada berlaku kemalangan kecil ketika melakonkan satu babak. Kith Foo tak sengaja menumbuk saya sehingga tercedera di bahagian hadapan hidung.
“Namun, saya anggap insiden tersebut adalah normal dalam dunia lakonan. Kadang-kadang ada risiko yang kita tak perasan. Bila dah terjadi kita kena tanggung sendiri. Walau pun dah berlatih, kalau nak jadi, tetap jadi juga,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 40 tahun ini turut memberitahu dia terpaksa memandu sendiri untuk turun daripada Bukit Fraser bagi mendapatkan rawatan.
Ads
Lantaran itu, dia terpaksa menangguhkan segala aktiviti penggambaran kerana dirawat di hospital selama lima hari .
“Saya boleh katakan ini merupakan antara kecederaan yang paling serius sepanjang bergelar pelakon. Selepas kejadian tersebut, saya terpaksa turun daripada Bukit Fraser kerana di situ tiada klinik atau hospital pakar.
“Saya terpaksa turun dengan keadaan trafik yang agak sesak sebab hari minggu. Perjalanan tu jadi dua jam. Saya terpaksa berhenti di tepi jalan sebab nak muntah dan darah berjujuran.
Ads
“Saluran hidung pecah. Jadi, saya terpaksa ditahan di wad hampir lima hari,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah kejadian tersebut membuatkan dirinya fobia untuk kembali melakonkan babak-babak pergaduhan, Ashraf memberitahu, dia cuma akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Selepas itu saya sambung penggambaran semula. Saya Kith jadi agak risau juga. Bila ada babak tolak menolak kami dah seram.
Ads
“Saya tidalah serik cuma saya akan lebih berhati-hati sahaja. Sebelum mula penggambaran, sebaiknya ada rehearsal dahulu supaya kita dapat gambaran sesuatu babak dan mengelak daripada kecederaan.
“Saya dah berlakon hampir 20 tahun. Insiden seperti ini tetap boleh berlaku walaupun ini bukan drama aksi tapi perkra seperti ini boleh terjadi,” akhirinya.
Terdahulu, drama Demi kini sedang ditayangkan di saluran TV Okey pada setiap hari Selasa hingga Jumaat jam 9 malam.
Selain Ashraf, drama sarat emosi ini turut akan menampil barisan pelakon seperti Keith Foo, Puteri Aishah, Riz Amin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setahun bergelar bapa tunggal, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Namun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan soal jodoh dan perkahwinan memandangkan masih lagi dalam proses berkenalan.
“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati budi seseorang, InsyaAllah.
“Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan.
“Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.
“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya memetik kenyataannya dalam program Melodi yang disiarkan baru-baru ini.
Pernah dikaitkan dengan rakan artis seperti Zara Zya dan Wan Sharmila, Shuib berkata wanita yang kini rapat dengannya itu bukanlah daripada kalangan orang industri.
“Dia orang biasa-biasa sahaja, dia pilihan ibu saya,” kongsi Shuib lagi.
Shuib kehilangan isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 1 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam industri hiburan, jika sebut nama Bunga Citra Lestari, pasti semua akan kenal dengan pengurusnya, Doddy atau nama penuhnya Muhammad Ikhsan Doddyanshah.
Hubungan mereka yang cukup erat membentuk gabungan terbaik terutamanya dalam perjalanan karier bintang tersohor itu. Walau bagaimanapun, kejadian mengejutkan berlaku apabila Doddy telah ditangkap oleh pihak polis atas kes penyalahgunaan dadah.
Bunga yang ketika ini sedang sibuk dalam rangka latihan dan persiapan konsert solonya di Singapura mengambil kesempatan memberikan semangat kepada pengurusnya itu agar menjalani kuat menjalani waktu sukar.
“Semakin hampir dengan #BCLBLOSSOMSingapore. Semuanya adalah kitaran termasuk kehhidupan. Sentiasa ada perkara untuk dipelajari, diperbaiki untuk kita terus berkembang.
Kesemua pasukan dan saya mendoakan sahabat kami, Doddyanshah. Kami berharap agar kamu dapat melalui waktu sukar dalam hidupmu ini. Terus berdoa ya Dod,” ujarnya.
Biarpun kejadian tersebut berlaku disaat momen penting dalam kerjayanya. Perkara tersebut tidak mematahkan semanngat pasukannya yang lain yang sedang bertungkus lumus menjayakan konsertnya itu.
Kongsinya lagi, “Kepada pasukan BCL, kita oleh melakukannya. Jadikan konsert ini sebuah konsert yang tidak akan dilupakan. Semangat ya teman-teman. Teruskan kerja yang hebat. The show must go on.”
Doddy telah ditangkap pada 3 Ogos 2022 yang lalu bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Ronald. Dalam satu pengakuan kepada pihak polis, dia mengaku telah menggunakan dadah tersebut sejak setahun yang lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Selebriti popular Noor Neelofa akui terharu apabila ada rakan artis yang bukan Muslim turut hadir di dalam majlis ilmu, Hijrah Cinta yang dianjurkannya baru-baru ini.
Neelofa, 33, berkata, pelakon Jasmine Suraya hadir kerana dia ingin tahu mengenai Islam.
Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menambah, dia berbesar hati apabila pelakon itu menyuarakan hasrat untuk menyertai majlis ilmu yang diusahakan itu.
“Alhamdulillah rezeki dia berpeluang menghadiri majlis itu. Saya sendiri berbesar hati untuk menjemput dia. Rasa berbunga-bunga hati bila dia mahu sertai.
“Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.
Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan ramai lagi.
Malah, bekas hos program MeleTop itu turut berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu itu sebulan sekali.
“Saya ada pasukan di Pertubuhan Kasih Neelofa yang boleh membangunkan majlis dan memanggil ustaz atau ustazah dari dalam negara atau seberang. Jadi saya menggunakan mereka ini untuk menjayakan majlis khas buat selebriti.
“Itulah misi kami. Pada awalnya saya mengajak rakan selebriti dengan menghantar Whatsapp pada seorang demi seorang. Saya mahu mereka rasa dekat dengan mereka. Habis saja satu majlis, mereka mahu datang majlis berikutnya. Jadi insya-Allah saya akan cuba buat majlis ini secara bulanan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, ada berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Disebabkan itu, dia menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan Neelofa di mana menurutnya kehadiran itu sebenarnya dihadirinya secara senyap-senyap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.