Penerbit dah pengarah, Jinggo menceritakan detik cemas saat isterinya yang juga pelakon, Sheila Rusli terlibat dalam kemalangan selepas dihempap bola boling sewaktu sesi pengambaran drama, Ratu Ten Pin musim ke-2.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, ketika dia menyaksikan kejadian tersebut, hatinya berasa amat risau saat melihat isterinya terbaring selepas dihempap bola seberat hampir enam kilogram itu.
“Hanya Allah je tahu bertapa sedihnya i bila tengok bola 13lb jatuh kat muka you,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsiakan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Video berdurasi hampir satu minit itu memaparkan Sheila yang sedang memegang bola boling terjatuh daripada kerusi roda sewaktu menuju ke pelantar.
Ketika kejadian tersebut, para pelakon yang terlibat dengan drama Ratu Ten Pin musim ke-2 difahamkan sedang menjalani latihan boling berkerusi roda.
Ads
Jinggo turut menambah, isterinya itu juga turut mengalami kecederaan sehingga menyebabkan pendarahan di bahagian bibirnya.
Katanya lagi, dia turut berasa kagum dengan kekuatan dan semangat yang ditunjukkan oleh Sheila selepas kejadian tersebut.
“Darah dekat bibir you I tahu you tahan saki tapi masa ni you bukan @sheilarusly_jspictures tapi you Mem Maria.
“Mem Maria is UNSTOPPABLE. Speedy recovery. babe,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut berharap agar Sheila segara diberikan kesembuhan.
“Allahuakbar Tok Sidang. Sakit sangat tu.
“Allah Kak Sheila. Semoga cepat sembuh
Ads
“Allahuakbar, respek dia punya semangat.
“Aku tengok pun berair mata. Keep it up guys. Your top fans here,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 70,000 jumlah tontonan.
Ratu Ten Pin musim ke-2 merupakan kesinambungan daripada musim pertama yang nenampilkan barisan pelakon seperti Elisya Sandha, Nazim Othman dan Syaidatul Afifah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja Dewi Remaja pasti kita akan teringat kepada alumni-alumni pertandingan ini yang berjaya menempa nama cemerlang dalam industri seni hiburan tanah air. Personaliti popular seperti Scha Alyahya, Neelofa, Annahita Bakavoli, Raysha Rizrose, Aleeza Kassim dan Juliana Banos memulakan langkah mereka apabila masing-masing bergelar juara Dewi Remaja.
Namun bukan hanya juara sahaja yang berjaya menempatkan diri mereka dalam dunia seni dan hebat dalam apa yang mereka lakukan. Nama seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir, Mawar Rashid, Che Puan Syamim Farid, Anna Jobling, Ramona Zam Zam, Rita Rudaini, Azah Aziz, Fify Azmi, Datin Sharifah Shawati dan ramai lagi antara bukan juara yang berjaya mencipta dan berada dalam kelas tersendiri.
Juara bagi edisi paling baharu iaitu Dewi Remaja 2019, Shaza Bae kini semakin mencipta nama. Bergelar hos, pelakon dan model, dia kini rancak menerajui beberapa siri drama sebagai pelakon utama lantas melonjak namanya lebih tinggi.
Setelah tiga tahun berlalu, pertandingan Dewi Remaja kembali lagi untuk edisi ke-12 untuk tahun 2022. Jom kita intai 10 trivia menarik mengenai pertandingan ini.
Tahun ini menyaksikan sudah 37 tahun pertandingan ini diadakan. Edisi pertama yang bermula pada tahun 1985 menyaksikan Tengku Anis Tengku Ismail berjaya menyandang gelaran juara. Ketika itu dia memenangi sebuah kereta Proton Saga dan juga tiket penerbangan ke London sebagai sebahagian pakej hadiahnya.
Untuk pengetahuan anda, juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya merupakan anak saudara kepada penyanyi, Sheril Aida yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja edisi pertama. Selain mereka, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, Tunku Affie Rania merupakan anak kepada model popular, Toh Puan Mimi Wahedah yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 1987/1988.
Dewi Remaja bukanlah khas untuk gadis Melayu sahaja, sebaliknya ia dibuka untuk semua kaum di Malaysia. Jasmin Kaur Dhillon, pemenang Dewi Remaja edisi ketiga merupakan wanita keturunan Punjabi. Selain Jasmin, antara finalis bukan Melayu lain yang popular ialah Irene Santiago, Pushpa Narayan dan Looi Mei Lin.
Beberapa personaliti popular tanah air pernah tersenarai sebagai finalis namun mereka menarik diri atas sebab peribadi dan tidak muncul di pentas finale untuk merebut gelaran juara. Antaranya seperti Puan Sri Tiara Jaquelina, Rozita Che Wan dan Intan Ladyana.
Juara Dewi Remaja 1998/1999, Juliana Banos bukan sahaja mencipta nama sebagai pelakon bahkan dia juga popular sebagai penyanyi. Lagu-lagunya seperti Mana Satu, Cinta Gila dan Sehidup Semati masih lagi segar untuk didengar sehingga kini. Personaliti ini walau bagaimanapun sudah tidak aktif dalam dunia seni dan menumpukan perhatiannya kepada keluarga.
Finalis Dewi Remaja iaitu Kuza, Zarina Jamalullail dan Tunku Affie Rania memiliki pertalian dengan keluarga Diraja Malaysia. Kuza atau nama sebenarnya YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani merupakan finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Kelantan.
Finalis Dewi Remaja 2009/2010, Zarina Jamalullail atau nama sebenarnya YM Sharifah Zarinatasha binti Dato’ Sri Syed Azni Jamalullail merupakan kerabat Diraja Perlis sebelah bapanya. Akhir sekali, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, YM Tunku Affie Rania binti Tunku Fauzi pula memiliki darah Diraja di sebelah bapanya yang berasal dari Kedah Darul Aman.
Dewi Remaja Edisi 2015 merupakan edisi pertama gadis berhijab menjadi sebahagian daripada finalis. Bermula dari edisi ini, gadis-gadis berhijab dialu-alukan untuk bersaing bersama gadis lain yang tidak berhijab. Finalis berhijab pertama yang berjaya tembus sebagai Top 5 sekaligus beraksi di pentas finale ialah Syamira Nazir. Dia yang berjaya memenangi tempat keempat bagi edisi Dewi Remaja 2019 kini bergelar pengacara di saluran televisyen ntv7.
Edisi Dewi Remaja 2018 menjadi salah satu edisi yang penuh kontroversi apabila mahkota yang menjadi milik Haneesya Hanee ditarik balik lantaran video viral di sebuah kelab malam yang tersebar di media sosial sejurus kemenangannya. Dia kini tetap aktif dalam dunia seni dan peragaan, bahkan pernah memenangi anugerah artis baharu wanita popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32.
Gelaran Dewi Inspirasi mula diberikan pada edisi Dewi Remaja 2018 menyaksikan Aween Ismail menggondol gelaran ini. Kemudiannya bagi edisi Dewi Remaja 2019, Nina Amin berjaya memenangi anugerah ini. Untuk pengetahuan anda mereka bukanlah finalis top 5 namun pemilihan mereka sebagai pemegang gelaran ini diberikan atas nilai positif yang diserlahkan ketika menjalani pertandingan.
Kini Aween mula begiat dalam dunia lakonan. Membintangi filem Mael Totey the Movie, dia memegang watak utama sebagai Yaya. Nina pula aktif sebagai peragawati di bawah agensi ternama TheModelsLab KL dan kerap membintangi kempen fesyen jenama-jenama terkenal tanah air.
Kini Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-12 bagi mencari personaliti seterusnya yang akan memegang gelaran Dewi Remaja 2022. Untuk pertandingan kali ini, pihak penganjur, Team Remaja dan Astro akan bersama menuju ke empat lokasi di seluruh bahagian tanah air bagi mencari calon paling layak mengisi barisan finalis. Empat lokasi roadtour uji bakat ini bertempat di Johor Bahru, Kota Kinabalu, George Town dan Shah Alam.
Bagi anda yang menggemari filem dan lagu Bollywood pasti kenal dengan suara merdu mendiang Lata Mangeshkar. Wanita yang telah menyanyikan lebih 30’000 lagu sepanjang kariernya ini telah disahkan meninggal dunia hari ini.
Januari lalu beliau dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat jangkitan Covid-19. Doktor yang merawatnya mengesahkan yang kematian mendiang disebabkan kegagalan beberapa fungsi organ.
Kerajaan India telah mengumumkan tempoh dua hari berkabung mulai Ahad, bendera kebangsaan negara itu juga akan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Penyanyi kesayangan ramai ini akan diberikan pengebumian negeri yang mana ia diberikan kepada individu yang banyak berjasa kepada negara. Namun begitu tarikh dan tempat persemadian belum diumumkan lagi.
Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu hantaran di laman Twitternya berkata, “Saya berasa sedih tidak terkata. Lata Didi yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kita semua. Dia meninggalkan kekosongan dalam negara kita yang tidak dapat diisi. Generasi akan datang akan mengingatinya sebagai seorang yang berpegang teguh kepada budaya India, dan suaranya yang merdu mempunyai keupayaan yang tiada tandingannya untuk memukau orang ramai.”
I am anguished beyond words. The kind and caring Lata Didi has left us. She leaves a void in our nation that cannot be filled. The coming generations will remember her as a stalwart of Indian culture, whose melodious voice had an unparalleled ability to mesmerise people. pic.twitter.com/MTQ6TK1mSO
Mendiang Lata Mangeshkar dilahirkan di bandar Indore, di negeri tengah India, Madhya Pradesh, pada 28 September 1929. Dia mula belajar muzik pada usia lima tahun daripada bapanya, Deenanath Mangeshkar, yang aktif dalam bidang teater. Selepas kematian bapanya, keluarga itu berpindah ke Mumbai (kini dikenai sebagai Bombay), di mana beliau mula menyanyi untuk filem-filem dialek Marathi.
Sebagai menghargai jasanya yang tiada tara dalam dunia muzik, beliau menerima penghormatan tertinggi negara India untuk orang awam, Bharat Ratna, pada tahun 2001. Popular digelar sebagai ‘Nightingale of India’ kerana suara merdunya, mendiang memiliki adik beradik yang turut bergelar penyanyi. Seorang daripadanya ialah Asha Bhosle yang berjaya mengecap populariti seiring dengannya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendedahkan dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menjelaskan bahawa dia bukan individu berstatus muflis sebagaimana yang didakwa.
Menurut Sajat, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang memfitnahnya muflis.
Perkara tersebut dikongsikan ahli perniagaan ini menerusi satu perkongsian di Instagram, pada Isnin.
“Berlambak orang fitnah kata Sajat dah bankruptcy bagai! Siap kata, Sajat dah bankruptcy uols! Korang hadamlah yang mengata aku bankruptcy tu! Tak kan aku ampun kan!
“Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa! Giteww.. amin, walaupun I dah duduk negara luar, Nur Sajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey.
“Walaupun name tu, tak SESUAI dengan wajah i cantik ini, nasib kat sini AUSTRALIA, ID sajat female gitew!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...