Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan mengenai detik menakutkan yang menimpa suaminya yang juga merupakan aktor, Kamal Adli yang cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Uqasha ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam tadi.
“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
Ads
“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memberitahu bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.
“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
Ads
“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.
Uqasha juga akui risau apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
Ads
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” katanya.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ucapan istimewa pelakon Nazrief Nazri buat ulang tahun kelahiran isterinya, Aizatul Aqma Hamdan menarik perhatian ramai.
Menghargai pengorbanan isteri, Nazrief, 32, dalam coretannya menerusi laman Instagram miliknya mengharapkan agar rumah tangga yang dibina mereka berkekalan tanpa diganggu kehadiran insan ketiga.
“Happy birthday LOML (love of my life). Terima kasih sebab ada waktu susah dan senang. Awak adalah isteri terbaik dan ibu yang baik buat Noah.
“Selamat hari ulang tahun kelahiran isteriku. Semoga taman syurga kita bebas dari bab* yang menyondol dan serangga perosak. Amin,” tulis Nazrief.
“Ambil iktibar sis,” balasnya kepada Puteri Sarah.
Untuk info, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada 15 November 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Uqasha Senrose terkilan dengan segelintir pihak yang dipercayai membuat andaian tidak betul susulan insiden yang berlaku terhadap suaminya, Kamal Adli yang dipukul sehingga cedera parah dalam satu kejadian di Singapura, pada Ahad.
Uqasha menjelaskan meski individu yang memukul suaminya itu difahamkan warganegara Singapura, namun dia sesekali tidak menyatakan semua rakyat negara di negara itu sedemikian.
Tegas Uqasha menerusi perkongsian di Insta Stories, jika tiada perkara baik untuk dikatakan, dia menasihati semua supaya mendiamkan diri.
“Maaf kalau kali ini aku jadi mulut jahat atau puaka! Suami aku kena pukul dengan orang Singapura, memang warga Singapura. Aku sendiri tengok kad pengenalan dia.
“Tapi aku tak cakap semua orang Singapura jahat atau whatsoever! Lelaki yang libas suami aku pakai cota besi, dia siuman dan normal!
“Kalau tiada benda yang elok atau baik nak cakap jangan cakap apa-apa. Suami aku berdarah depan mata aku.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram dirinya sedang menangis dan memaklumkan suaminya telah diserang seorang individu lelaki tidak kenali sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Menurut Uqasha, ketika kejadian ada seorang lelaki yang mencari suaminya, menyangka lelaki tersebut seorang peminat Kamal yang ingin mengajak bergambar bersama.
Namun, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan cota besi daripada poketnya lalu bertindak memukul Kamal.
Kamal kini sedang menerima rawatan di hospital Singapura dan terpaksa menjalani pembedahan.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan dirinya akan terus mengenang jasa dan mencurahkan bakti buat seluruh keluarga polis disepanjang hayatnya.
Titipan istimewa itu dikongikan sendiri oleh Siti menerusi sebuah posting di laman Instagram bersempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 pada Isnin
Menurut Siti, setiap sumbangan tersebut amat besar maknanya buat arwah bapanya yang juga merupakan seorang pesara polis.
“Selamat Hari Polis. Sebagai anak Polis saya akan sentiasa mengenang dan terus berbakti kepada keluarga Polis selagi termampu.
“Setiap sumbangan kecil saya sebenarnya adalah sumbangan daripada Arwah ayahanda saya, Sarjan Bersara Haji Tarudin bin ismail,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Seindah Biasa ini turut memanjatkan doa semoga arwah bapanya sentiasa tenang di alam sana.
“Semoga Allah SWT sentiasa memberkati Arwah Abah dan tempatkan Abah bersama insan terpilih di sana. Aamin ya rabb,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Siti selain turut sama merakamkan ucapan penghargaan buat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Al-Fatihah buat Pakcik Tarudin. Semoga ditempatkan bersama para solihin dan beramal soleh. In Sha Allah.
“May his memory be a blessing and an encouragement unto you and guiding light to your path.
“Legend pangkal 4. Orang dulu-dulu banyak baktinya. Semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman.
“Al-Fatihah buat pewira kita semua. May Allah bless and reunite all of us in jannah,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram stories, Siti bersama suaminya, Datuk Khalid turut dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk turut sama menyambut Hari Polis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...