“Dapat Peluang…,”- Datuk Siti Nurhaliza Isi Masa Buat Aktiviti Memanah, Jadi Perhatian Peminat!

Share

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti ada berkongsi momen di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi Anta Permana ini dirakam sedang melakukan aktiviti memanah di sebuah pantai ketika sedang bercuti, lalu ia dikongsikan menerusi Instagram.

“Alhamdulillah, dapat peluang memanah lagi sambil bercuti. Tq @panah_lagenda,” tulisnya ringkas pada posting video dan foto berkenaan.

Lantas, perkongsian penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Jerat Percintaan ini menjadi perhatian peminat.

Dalam pada itu, peminat turut berkongsi rasa teruja apabila menonton perkongsian Tok Ti.

Hingga kini, entri berkenaan sudah pun mendapat lebih 40,000 tanda suka.

Video: Instagram Siti Nurhaliza

IKLAN