“Dapat Juga Bertemu Arwah Sakinah, Anak Tunggal Dia Yang Meninggal Ketika Masih Bayi” – Abang Kepada Pengusaha Kosmetik, Anas Zahrin Kembali Ke Rahmatullah

Share

Usahawan kosmetik yang turut dikenali di kalangan selebriti, Anas Zahrin berkongsi khabar duka apabila abangnya, Mohamed Taufieq telah pergi mengadap Illahi.

Arwah merupakan anak sulung daripada sembilan adik beradik.

Lebih mendukacitakan, Anas menyatakan akhirnya Allahyarham dapat bertemu kembali dengan puterinya, Sakinah yang meninggal dunia ketika masih bayi.

“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Nya yang Maha Besar.

“Semoga rohnya mendapat rahmat dan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta dimasukkan ke dalam syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.

“Kau pergi dalam bulan mulia, bulan rahmat, kau pergi dengan penuh ketenangan. Kau pergi menghadap illahi dengan senyuman gembira.

“Alhamdulillah, selesai urusan pengebumian tengahari tadi, segala urusan mandikan jenazah, kafankan, solat semua dilakukan dengan cepat kami adik beradik dan terima kasih juga yang membantu.

“Terima kasih untuk mereka yang mendoakan, terima kasih yang menghantar pesanan mesej di telefon saya juga DM, terima kasih atas doa doa kalian. Allah sahaja yang dapat membalas.

“Abang sulung saya dari 9 beradik, anak kesayangan mak. Kasih sayang mak juga. Ada hikmah mak dekat sini, dapat bertemu buat kali terakhir anak kesayangan dia.

“Anas dan adik beradik yang lain hari hari akan doakan tau, jangan risau ya bang. Dapat juga abang sulung saya ni bertemu dengan arwah Sakinah, anak tunggal dia yang meninggal ketika masih bayi. Bertemu juga dengan arwah abah.

“Saya mohon sedekahkan Alfatihah buat abang sulung saya ni ya semua. Terima kasih sekali lagi.

Al Fatihah (dibaca)

Allahyarham Mohamed Taufieq Haji Atan
Allahyarham Haji Atan Daud,” kongsinya.

Al-Fatihah.

Foto : Instagram Anas Zahrin

IKLAN