“Dan Sekarang Daddy Pergi…,” – Bapa Aktres Pevita Pearce Meninggal Dunia

Share

Aktres popular Indonesia, Pevita Pearce, menitipkan ucapan istimewa sewaktu menziarahi pusara bapanya, Bramwell Pearce baru-baru ini.

Menurut Pevita, meskipun dugaan tersebut agak berat untuk diterima, namun, dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah pun diatur oleh Allah SWT.

“Dulu waktu kecil setiap Daddy harus pergi jauh dan lama, I always asked him with this pain inside my heart “why do you have to go? I’ll miss you.”

“Dan sekarang Daddy pergi for good dan rasa sakit itu kini berubah jadi rasa ikhlas,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Pevita turut menitipkan doa semoga Allahyarham bapanya itu sentiasa tenang di alam sana.

Malah, Pevita juga turut memaklumkan dia tidak akan pernah sesekali melupakan segala kenangannya bersama arwah bapanya itu.

“Pasti disana jauh lebih indah sampai yang pergi tidak akan pernah kembali lagi. I’m closing this chapter with al-fatiha.

“Whatever happens, thank you for the amazing memories, most importantly thank you for being my dad. I will keep iur memories close to my heart,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Pevita dan seluruh ahli keluarganya.

“Be strong Pevita. Al-Fatihah to daddy in heaven.

“Al-Fatihah. Arwah pasti bangga jadi ayah kepada kamu Pevita. Semoga dia mendapat tempat yang terbaik di sisiNya.

“Semoga husnul khotimah dan keluarga yang ditinggalkan sabar dan ikhlas selalu. Ameen.

“Turut berlangsungkawa. Semoga diterima amal ibadahnya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, memetik laporan Kompas, bapa kepada Pevita telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir 29 Ogos lalu di Wales, United Kingdom pada usia 60 tahun.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ibu kepada Pevita, Ernie Auliasari menerusi satu khidmat pesanan ringkas.

Bagaimanapun, pihak keluarga Pevita difahamkan belum membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung pemergian bapanya itu.

Sumber: Instagram Pevita Pearce & Kompas

IKLAN