Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mendedahkan dia bersama para pasukannya terpaksa mengharungi perjalanan yang sangat panjang untuk menjalankan misi bantuan di bumi Gaza, Palestin baru-baru ini.
Jelas Ustaz Ebit, perjalanan yang mengambil masa selama 21 jam tanpa henti itu harus melalui 21 jenis ‘checkpoint’ sambil diiringi 12 kereta perisai daripada pihak tentera.
Menerusi sesi siaran langsung awal petang tadi, Ebit telah pun memberikan reaksi balasnya terhadap pelbagai persoalan, antaranya mengenai misi bantuan sepanjang berada di bumi bergolak itu.
“Sebenarnya perjalanan kami ke Gaza mengambil masa 21 jam. Sepanjang 21 jam itu saya kena harungi 21 checkpoints. Kami bersyukur kepada kedutaan Malaysia dan Wisma Putra yang telah banyak bantu kami.
“Memang rezeki saya bila dapat masuk. Sepatutnya perjalanan tersebut dijangka mengambil masa enam hingga lapan jam sahaja tapi ia telah menjadi 21 jam.
“Sepanjang 21 jam perjalanan tersebut dengan diiringi kereta kebal memang tiada jalan lain lagi. Memang itulah jalan yang harus kami lalui. Bila orang luar nak masuk memang kena iring dengan kereta kebal sebab ia melibatkan negara lain,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut mendedah perjalanannya menuju ke Gaza sememangnya bukan sesuatu yang mudah namun dia tetap menguatkan semangatnya bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancar.
“Kami tandas pun tak sempat pergi, makan pun tak sempat. Dalam van sepanjang 21 jam kami duduk tegak sahaja. Kalau ikut hati memang saya tak tahan dah. Tuan-tuan bayangkanlah macam mana.
“Ada jalan yang tak boleh lalu. Ada jalan kena cancel dan terpaksa lalu padang pasir. Setibanya di sana, saya turun bas dan prosesnya memang ringkas.
Ads
“Saya nampak video yang Nadir ambil tu. Bila saya sampai dalam lingkungan pukul 1 pagi, saya fikir saya belum solat Magrib dan Isyak.
“Saya memang nak solat jamak. Sifat saya memang begitu. Team saya juga dah faham. Kalau waktu solat tu saya memang nak kejar waktu solat,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai isu larangan mengadakan sesi siaran langsung di media sosial, ini reaksi yang diberikan oleh Ustaz Ebit;
Ads
“Bila sampai di sana, mereka jemput saya duduk di sebuah kerusi. Kemudian Nadir kata saya tak tegur, tak pandang dan tak salam, sebenarnya saya biasa kalau orang salam atau tegur saya saya mesti balas. Kemudian ada ucapan dari pihak kedutaan selepas itu saya cepat-cepat pergi solat. Selesai solat saya naik ke hotel.
“Saya tak sempat nak tengok atau perasan orang lain. Kalau isu live di sosial media pula, kalau anda semua mengikuti perkembangan saya menjalankan misi bantuan di Malaysia pun kami tak benarkan sesiapa buat live semasa misi bantuan.
“Saya sendiri tak buat live. Sebab saya tak bagi buat live adalah kerana kita tak jangka kalau ada sesuatu yang buruk berlaku. Lebih-lebih lagi di zaman SOP ni. Nanti saya dan orang lain pula terima akibatnya. Sebab anda kenal saya, saya suka kongsi perkara yang positif sahaja.
“Bagi saya, Nabi pernah sebut, sesiapa yang memulakan sesuatu kebaikkan dan orang lain ikut, sampai kiamat orang memulakan itu dapat pahala,” akhirinya.
Terdahulu, Ebit Lew telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang Rabu mengenai hal berkaitan.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi meluahkan rasa apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meminta dirinya untuk menyelesaikan proses pembayaran cukai yang tertangguh segera meski dalam situasi pendamik Covid-19 ketika ini.
Memetik Kosmo Online! Aznil berpendapat pihak berwajib seharusnya bertimbang rasa lebih-lebih lagi ketika ramai rakyat yang terputus punca kewangan disebabkan oleh pendamik yang dah pun memasuki tempoh hampir dua tahun.
“Kes positif harian pun dah mencecah 17,000 dan dah nak masuk dua bulan kita semua berkurung. Berapa lama lagi nak hidup begini dan bagaimana dengan status ekonomi kita. Dan, bagaimana pula dengan nasib ibu bapa kita?
“Saya sendiri, semua projek terpaksa dibatalkan dan LHDN ada hati hantar surat menyuruh saya bayar cukai tertangguh. Saya memang tiada masalah dengan hal pembayaran cukai sebelum ini dan mampu bayar tapi dengan Covid nak masuk dua tahun, tentu ekonomi saya terjejas dan tak mampu nak bayar seperti biasa.
“Kalau betul kerajaan prihatin, di mana pertimbangan untuk kita semua? Kalau sebelum Covid-19, bolehlah kita bayar, sekarang dengan semuanya terbatas, bagaimana mahu bayar?,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Aznil turut memaklumkan ketika ini, rakyat sudah tidak memikirkan lagi mengenai perkara lain kerana bagi mereka soal kelangsungan hidup harus diberikan keutamaan.
“Sekarang kita fikir macam mana nak hidup hari esok dan hari-hari berikutnya sahaja. Tidakkah berasa malu meminta rakyat bayar cukai pada waktu terdesak seperti sekarang ini,” katanya.
“Dalam keadaan sekarang ramai orang mati sebab Covid-19, hilang keluarga dan pekerjaan, LHDN himpit dan ugut nak sekat passport atau perjalanan keluar negara, kemungkinan disenaraihitam dan diisyitiharkan muflis.
“Saya nak tanya, adakah kisah kisah tentang semua itu pada waktu terdesak sekarang? Siapa kisah nak keluar negara sekarang, tiada siapa. Dalam keadaan sekarang orang fikir nak hidup sahaja dan berdepan hari esok,” ujarnya lagi.
Aznil yang mesra disapa Pak Nil turut berharap agar pihak berkenaan dapat memberikan kelonggaran terutamanya tentang penstrukturan semula pembayaran tunggakan cukai berbanding terus menggesa rakyat membuat bayaran tanpa memikirkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Nurul Syuhadah Nurul Ain menzahirkan rasa syukur apabila dia sudah pun selesai menerima dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), beberapa hari lalu.
Bagaimanapun Syuhadah yang kini sedang hamil anak keempat mengakui sebelum mendapatan suntikan vaksin, dia terlebih dulu bertanya dan mendapatkan nasihat daripada tiga orang doktor sebelum mengambil berbuat demikian.
“Alhamdulillah completed the second dose today. Kebetulan my biras Que, pun completed hers also today. Alhamdulillah.
“Thank you so much PPUM and of course to my beloved brother in law Prof Dr Raja Iskandar from the Infectious Disease Department PPUM which always answer my questions and thoughts about the pros and cons of vaccine for pregnant mothers which regarded as a high risk population.
“To my gynae Dr Idora Pantai Hospital for the consultation and support and of course @drimeldabalchin which is the good old friend and also ex colleague of Prof Dr Raja Iskandar for the continues knowledge and consultation too,” tulisnya.
Bekas hos program Mingguan Wanita ini turut berterima kasih buat petugas kesihatan berkenaan atas nasihat yang diberikan.
“Sampai 3 orang doctor saya consult ni. Yes I was worried just like others too but. Thank you for these doctors for layan my concern and soalan bijak dan tak berapa bijak saya with facts and figures.
“Saya berikhtiar dan bertawakkal. For me and my baby. InsyaAllah Amin,” tulis Syuhadah yang kini hamil 27 minggu.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...