“Dalam Keadaan Macam Ni Pun Hangpa Boleh Buat Surprise,” – Fikry Ibrahim Sambut Birthday, Namun Ada Yang Sedih?

Share


Pelakon Fikry Ibrahim berkongsi video kejutan yang diterima sempena sambutan hari lahirnya yang ke-26 tahun.

Menerusi video berkenaan, pelakon itu kelihatan cukup terharu dan penuh keterujaan apabila dikejutkan dengan sepotong kek kecil dengan barisan Ironman menyanyikan lagu.

“Dalam keadaan macamni pun hangpa boleh buat suprise, sumpah tak perasan. Nanti aku kenakan hangpa balik!

“Terima kasih semua yang wish dan mendoakan saya! Fikry turn 18 again!,” kongsinya.

Terhibur dengan keletah lucu Fikry, netizen meninggalkan pelbagai reaksi di ruang komen.

Tak kurang ada yang sebak apabila sambutan bermakna itu terpaksa diraikan berseorangan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Selamat hari lahir Fikry.

Foto : Instagram Fikry Ibrahim

IKLAN