Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata persembahan yang dinyanyikan secara trio oleh Jac, Shila Amzah dan Tom di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) adalah sebagai tanda semangat setia kawan bintang bertanding.
Tambah Norzeha, pada awal pihaknya merancang untuk tidak meneruskan giliran persembahan Dina menerusi lagu Januari yang dipopularkan oleh mendiang Glenn Fredly itu, malam tadi.
“Seperti yang kita semua maklum, Dina tidak dapat bersama kita dan dia sedang berada di kediaman keluarga di Johor ketika ini.
“Persembahan dari Jac, Shila dan Tom menerusi lagu Januari yang sepatutnya dipersembahkan Dina dilakukan atas semangat setia kawan mereka.
“Kita tidak jangka apa yang berlaku meskipun Dina sempat bersama pada sesi latihan pada Sabtu.
“Sepatutnya item persembahan Dina dikeluarkan dari senarai giliran persembahan. Tapi disebabkan semangat setia kawan, mereka tetap mahu teruskan,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai pendirian penganjur terhadap proses penjurian sekiranya membabitkan hal sedemikian, Norzeha menjelaskan format penjurian setiap program pertandingan itu berbeza-beza.
“Lain program, berbeza dari segi penjurian (scoring) oleh barisan juri mereka. Untuk GV, setiap persembahan dinilai pada hari kejadian, tiada elemen markah terkumpul atau dibawa ke depan.
“Malah dalam 10 minggu GV juga, memang akan ada tiga atau empat minggu yang tiada penyingkiran. Kebetulan pada konsert keenam memang tiada penyingkiran,” katanya lagi.
Ads
Norzeha bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan ada lebih daripada seorang peserta yang bakal diumumkan tersingkir menjelang konsert kemuncak bulan hadapan.
Terdahulu, media melaporkan bapa penyanyi lagu Malu Tapi Mahu itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad.
Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.
Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim ada berkongsi sekeping foto ketika sedang tidur sambil berdiri.
Kongsi Norman, situasi tersebut berlaku selepas 9 hari berturut-turut menjalani satu pengambaran drama bersiri, Fam I Love You untuk tayangan di Astro Ceria.
“Selepas 9 hari berturut2 keluar lepas Subuh & balik sebelum Subuh untuk shooting #familoveyou #astroceria.
“Akhirnya saya dapat develop satu skil baru yg saya sendiri tak sangka saya ada skil tu iaitu tidur sekejap sambil berdiri di sebalik tiang.
“Gambar curi ni diambil oleh @zazasofiazainal the production manager,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi nasihat kepada Norman untuk sentiasa tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.
Sekadar informasi, Norman merupakan juara Hero Remaja 1993/1994 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1996.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet akui sebak dengan pemergian pempengaruh, Man Kulim ‘Pening’ yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terkahir pada Selasa.
Menurut Lan, segala momen yang dilalui mereka selama ini bakal menjadi momen terindah dan dia juga berharap agar arwah Man Kulim ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
“Selamat pulang adikku Borhan a.k.a Man Kulim ke negeri abadi. Kini segalanya tinggal kenangan. Semoga segala amal baikmu menjadi penemanmu di sana,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Senario itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Lan turut memohon kepada semua pihak untuk menitipkan doa yang baik-baik buat arwah Man.
“Siapa yang tengok posting ni mohon hadiahkan AL-FATIHAH buat arwah. Arwah orang sangat baik,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Lan turut memuat naik sebuah video yang memaparkan momen mereka bersama sepanjang perkenalan.
Lan Pet Pet Ziarah Pusara Man Kulim
Malah, Lan turut sempat menziarah pusara Man Kulim pada Rabu.
Awal malam tadi, pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi meluahkan rasa terhadap isu melibatkan salah seorang anak angkatnya, Qayyum.
Perkongsian berkenaan dilakukan penyanyi Bobo Di Mana ini menerusi kapsyen terhadap sepotong video yang dimuat naik di Instagram.
Selain bertanya apa yang patut dilakukan, Aliff turut menitipkan nasihat kepada mereka yang berhasrat untuk mengambil anak angkat.
“Adakah patut saya buat..dan apakah nasib budak tak berdosa ni?? Dekat dunia ni byk org suka menipu. Nasihat saya kepada mereka yg ambik anak angkat lebih baik putuskan sahaja hubungan dgn mak kandung.
“Sbb selagi mereka ada hubungan dgn kita kita akan tambah pening walaupun terasa berdosa sbb sy dah alami dok baik2 berwussp kasi pic anak setiap bulan dan kasi mereka jumpa lps tu kutuk kita belakang.
“Memang kita dah ada surat peguam bagai tpi sbb terlalu memerhati anak dia ni kita rimas ..nasib baik minah tu mak ayah dia org luar kalau tak jadi benda yg sama…lain kali dah tahu diri tu sempurna jgn diberi anak kat org lain…jaga jee dr lahir.. yg sy ni baik sgt mereka nak jumpa saya kasi sbb KESIANNN LPS TU KITA DIHINA DAN DIKUTUK,” kongsinya.
Pada masa sama, Aliff turut mengingatkan penjaga kepada yang berkenaan.
“Ingat sikit siapa jaga awak dulu?? waktu awak beranak dan jaga awak siapa bayar??.. bila dah comel sehat lain pulak jadinyaaa…lain kali mintak time anak sakit masa separuh buta keluar air mata darah..cost rawat je rm6k.
“Kita ni jaga kucing dari kecik pun kita syg..apakah lagi manusia yg dijaga dari dalam perut …sesuaka hati jeee kasi dan ambil kalau tau mcm ni jangan wussp saya nak kasi anak tuu…
“Mereka ingat kita ni hotel tempat jaga anak mereka? Kita habis duit bukan skit …aiyoo .. nak mengutuk tuu lain kali berpada2 kita jaga anak awak ni sehat walawiat.. utk makluman smua kebajikan masyarakat siap lawat 2kali anak2 awak ni.
“Cek smua okey atau tak ada masalah sehat jeee.. susu nen tau bukan cap ayam yom minum, sakit hospital swasta.. maid khas jaga anak awak.. awak sesuka hati komplain..bukan kita tak tau dia tu ada anak lain dan smua anak dia kasi kat org,” tulis Aliff panjang lebar.
Terdahulu, difahamkan ibu kandunga kepada Qayyum mahu menjaga kembali kanak-kanak itu selepas heboh yang kononnya, ada kemungkinan Qayyum tidak dilayan dengan baik.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida. Sementara itu menengah di ruangan komen, para pengguna media sosial memberikan reaksi serta komen pelbagai terhadap perkongsian berkenaan.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.