Pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha mencipta detik manis apabila diumumkan sebagai penerima Ultimate Awarddi Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Penat itu turut membawa pulang trofi Selebriti Stailo Terhangat, sekaligus membuktikan daya tarikan dan pengaruh besarnya dalam industri hiburan tanah air.
Walaupun berjaya menggenggam dua anugerah hasil undian peminat, Daiyan juga tidak terlepas daripada sorotan negatif, khususnya mengenai gaya penampilannya yang dianggap seksi oleh sesetengah pihak.
Namun begitu, dia kekal bersyukur dengan sokongan padu daripada para peminat setianya.
“Saya bersyukur dan terharu, peminat faham personaliti saya bagaimana. Biarpun ada kontroversi, peminat selalu memberikan sokongan.
Ads
“Mereka memahami dan saya sangat menghargainya,” katanya yang anggun mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini pada acara itu.
Ads
Fokus Kekal Pada Kerjaya
Berdepan kritikan sejak awal pembabitan dalam industri seni, Daiyan mengakui dirinya sudah lali dengan kecaman yang datang silih berganti.
“Saya rasa dah biasa (kena kecam). Saya terima semuanya kerana saya faham, saya kena hadap semua itu sebagai anak seni.
Ads
“Apa yang kita buat, betul atau salah, semua ada persepsi masing-masing,” katanya positif.
Bagaimanapun, Daiyan tidak menafikan setiap kontroversi tetap meninggalkan kesan emosi buat dirinya sebagai insan biasa.
“Ya, ada kerana saya juga manusia biasa. Cuma saya dah belajar untuk meletakkan perkara itu ke tepi dan terus fokus kepada kerjaya saya,” jelasnya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).
Persidangan berprestij ini dianjurkan oleh IKSnita dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.
Azharina menjadi satu-satunya wakil anak seni dalam kalangan panelis jemputan dan dijemput khas untuk berkongsi pengalaman serta sumbangannya dalam bidang kemanusiaan dan kebudayaan, selaras dengan tema perbincangan bertajuk Women in Humanity and Culture.
Turut bersama-samanya di pentas forum tersebut ialah Ms Jumriati Abdullah dari Kelab PERWIRA Malaysia serta Puan Sri Datin Prof. Dr. Liana Lim, tokoh budaya dari keluarga Diraja Budaya Nusantara dan Kemanusiaan.
Sepanjang lebih dua dekad bergiat dalam dunia seni, Azharina bukan sahaja menabur bakti dalam bidang muzik, malah aktif dalam kerja kebajikan dan aktivisme wanita.
Dalam sesi tersebut juga, penyanyi lagu Seandainya ini berkongsi mengenai peranannya sebagai Presiden Kelab Artis 1 Malaysia Sabah (KA1MS) serta pelbagai inisiatif kebajikan yang pernah diketuainya.
Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk Konsert Amal Maya Azharina & Friends pada tahun 2021 yang bertujuan membantu mangsa banjir di Sabah.
Konsert berkenaan bukan sahaja berjaya mengumpul dana, malah membuka mata masyarakat mengenai keperluan mendesak mereka yang terkesan.
“Saya terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan makanan asas seperti beras kepada ibu tunggal dan anak-anak di kawasan Puchong.
“Bantuan ini memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dan sering terpinggir dalam masyarakat,” jelas Azharina.
Pada masa sama, dia turut berkongsi bagaimana muzik digunakan sebagai medium memperkasakan wanita, antaranya melalui lagu-lagu seperti Hey Lelaki, Kita Selamanya, Realiti dan Cinta.
Selain itu, Azharina juga menyentuh pencapaian peribadinya termasuk kejayaan dalam pertandingan nyanyian, penerbitan dokumentari, serta pengiktirafan sebagai Tourism Icon of The Year (Celebrity) menerusi Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2022 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana dipilih untuk menjadi panelis di persidangan ini. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga, apabila dapat berkongsi pentas dengan wanita-wanita luar biasa dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.
“Mereka hadir dengan aura positif yang luar biasa dan banyak memberi inspirasi kepada saya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Azharina turut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur.
“Saya berterima kasih kepada IKSnita terutamanya YBhg. Datuk Dayang Khatijah Datu Haji Bachtiyal selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan juga pihak UiTM Sabah atas jemputan ini.
“Saya harap persidangan seperti ini akan diteruskan di masa akan datang kerana ia membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk menyuarakan pendapat, berkongsi inspirasi, dan membina jaringan sokongan yang kukuh di peringkat serantau,” katanya.
Terdahulu, persidangan ini telah dihadiri oleh tetamu kenamaan termasuk Yang Berhormat Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag serta Associate Professor Dr. Rozita @ Uji Mohammed.
Acara yang berlangsung juga membincangkan beberapa perkara lain, merangkumi pelbagai sesi pembentangan, forum panel dan jaringan kerjasama antara peserta dari seluruh ASEAN.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Dah berapa tahun punya kes, kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tidak selesai.
“Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hamba-Nya, awak sekerdil, sejijik manusia, kenapa angkuh sangat?”
Demikian reaksi pelakon jelita, Sophia Albarakbah yang dilihat memberikan reaksi, dipercayai sebagai membalas komen seorang pemilik akaun Instagram (IG) melalui kata-kata dikongsi dalam ruangan komen, pada Isnin.
Terdahulu, namanya kembali diperkatakan sejak malam tadi selepas tular sedutan video dia menerima trofi kemenangan di dalam sebuah acara hiburan, malam tadi yang disampaikan oleh Bella Astillah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap terkenal, Sean Kingston, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan selepas didapati bersalah dalam kes penipuan barangan mewah bernilai lebih AS$1 juta (RM4.5 juta) yang dilakukan bersama ibunya.
Sean atau nama sebenarnya, Kisean Paul Anderson, 34, sebelum ini popular dengan lagu hit Beautiful Girls pada tahun 2007. Beliau bersama ibunya, Janice Turner didakwan menggunakan helah slip pindahan wang palsu untuk mendapatkan barangan mewah daripada peniaga di sekitar Florida.
Antara barangan yang diperoleh termasuk SUV Cadillac kalis peluru, televisyen LED bersaiz gergasi, katil bernilai tinggi dan jam tangan berjenama. Sebagai tukaran, Sean didakwa menjanjikan publisiti serta promosi di laman media sosialnya, namun janji itu tidak pernah ditunaikan.
Kes berkenaan mendapat perhatian sejak Mei 2024 apabila pasukan SWAT menyerbu rumah sewanya di Florida. Ibu Sean ditahan dalam serbuan tersebut, manakala beliau puka diberkas sebaik sahaja selesai membuat persembahan di pangkalan tentera Fort Irwin, California.
Pada Julai lalu, ibunya telah dihukum penjara selama lima tahun. Dalam kes terbaharu, Sean bukan sahaja dikenakan hukuman penjara tiga tahun enam bulan, malah turut diperintah menjalani tiga tahun pengawasan selepas dibebaskan (supervised release).
Dalam perbicaraan, pihak pendakwa membentangkan mesej teks penyanyi itu kepada ibunya yang berbunyi, “I told you to make [a] fake receipt”. Bukti itu menjadi hujah kukuh bahawa Kingston sendiri merancang penipuan berkenaan.
Peguam bela cuba merayu agar Sean hanya dikenakan tahanan rumah dengan alasan kesalahan itu tidak membabitkan unsur keganasan, selain beliau merupakan penyara keluarga. Namun, rayuan tersebut ditolak oleh hakim yang menegaskan kes itu cukup serius dan memberi kesan besar kepada mangsa.
Meskipun menyatakan penyesalan dan berjanji untuk menggantikan kerugian kepada pihak yang ditipu, keputusan mahkamah tidak memihak kepada Sean. Beliau dibawa terus ke penjara sebaik hukuman dijatuhkan, menutup satu lagi episod hitam dalam karier seninya.
Hukuman ini sekali gus menjadikan masa depannya di pentas hiburan kabur. Dari bintang yang pernah menjadi sebutan seluruh dunia, kini namanya lebih dikenali kerana skandal penipuan yang memalukan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.