Dah Tukar Imej Botak? Caprice Kongsi Foto Penampilan Terkini Sufian Suhaimi

Share

Baru-baru ini, usahawan dan penyanyi rap, Caprice ada memuat naik foto bersama rakan-rakan artis menerusi akaun Instagaram miliknya.

Menerusi posting tersebut, Caprice turut dilihat telah berkongsi gaya terkini sahabatnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Sufian Suhaimi yang dilihat telah bertukar imej kepada botak.

“Sufian dah botak, dinner with the Badboiis,” tulisnya.

Foto berkenaan nyata menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat yang terkejut melihat tranformasi Sufian itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Janji itu dilihat masih belum berkongsi penampilan terkininya itu bersama peminat di mana-mana akaun media sosial.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap gaya barunya itu.

Selain bergelar penyanyi, Sufian kini turut dilihat sibuk menguruskan perniagaan ‘zikir pillow’ khusus buat kanak-kanak.

Sumber: Instagram Caprice

IKLAN