“Dah Trending, Walaupun View Sendu,”- Cik B Ada Lagu Raya Baru, Wow Ke Tidak?

Share

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B telah mengeluarkan satu lagu single terbaru yang berjudul ‘It’s Raya Baby’.

Menariknya lagi, lagu raya tersebut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen telah berduet bersama dengan penyanyi Chubb-E.

Dalam pada itu, Vida turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menonton muzik video lagu raya tersebut di laman YouTube.

“LAGU RAYA CIK B @cikb_havoc66 dah trending..walaupun view SENDU..Hu hu..TQ SEMUA..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat Cik B dalam karier seni nyanyian.

Bukan itu sahaja, netizen berpendapat lagu raya ini sangat seronok untuk didengari.

Lagu It’s Raya Baby ini hasil ciptaan komposer Cat Farish, Tiga Caliber dan Chubb-E sendiri.

Foto: Instagram Cik B

IKLAN