Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa sedih dan simpati selepas melihat nasib mangsa di Palestin yang terlibat serangan udara di Gaza.
Malah, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menzahirkan rasa kekesalan dan bersalah dalam diri apabila membanding nasib yang dialami oleh rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
“Rasa bersalah. Rasa bersalah bila berbuka kita ada makanan banyak tak terhingga. Siap boleh pilih nak berbuka buffet hotel mana, sedangkan mereka dah berapa hari (atau mungkin minggu) berbuka dengan duka & linangan air mata.
“Rasa bersalah bila dua tiga minggu nak raya, kita sibuk shopping sakan. Online shop tudung, baju, telekong, kuih raya dan sebagainya, sedangkan mereka belum tentu bertemu Syawal.
“Rasa bersalah bila kita marah sebab tak boleh balik kampung halaman sebab PKP, tapi mereka kehilangan insan tersayang kerana dibom sana sini. Kita yang tak mengalami tidak bermakna kita tak boleh merasai. Mungkin agak mustahil untuk kita membantu mereka di sana secara fizikal,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengacara berusia 29 tahun ini mengharapkan agar orang ramai untuk sentiasa mendoakan agar rakyat di Palestin dilindungi Yang Maha Esa.
“Tetapi, sentiasa titipkan doa buat mereka, dan terus sebarkan di media sosial kita tentang keganasan yang sedang berlaku di bumi Islam saat ini.
“Biar dunia sedar tentang kekejaman yang berlaku di Palestine dan negara2 lain yang sedang ditindas. Bukan hanya kes George Floyd yang wajar didengari, tetapi jutaan kes2 lain yang tidak diadili.
“Semoga Allah lindungi kita semua dari kejahatan, keganasan, kesengsaraan & semoga dunia kembali sejahtera #palestine,” tulisnya lagi.
Pelakon Hisyam Hamid ada memuat satu foto babak di dalam lakonan terbaru, Cukup Derita Ini yang kini rancak bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.
Mendukung watak sebagai Zarul Zafran di samping Elani lakonan mantap Ruhainies, drama berkenaan nyata menjadi buah mulut ramai dan masing-masing tidak sabar untuk menantikan episod seterusnya.
“Antara cabaran sebagai Zarul, sejak kemalangan dia jadi tak betul sikit.
“Paling saya takut, kalau lakonan saya nk sampaikan kebudak-budakan tu tak sampai kepada penonton.
“Harap uol terhibur dgn persembahan kami. Doakan la Zarul cepat sembuh jadi x pelik lagi perangai dia,” tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima reaksi pelbagai peminat dan ada yang memberikan reaksi mengenai persembahannya di drama arahan Along Kamaludin itu.
Cukup Derita Itu yang ditayangkan pada Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam merupakan karya Siti Rosmizah dan turut menampilkan pelakon hebat lain Jasmin Hamid, Didie Alias dan Chacha Maembong dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah memaklumkan karnirval Starvendors Mega Raya Fest 2021 telah dibatalkan selepas pihak kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 Mei ini.
Akur dengan insiden yang berlaku, Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas pembatalan karnival tersebut.
Pada masa yang sama, penyanyi berusia 45 tahun ini memberitahu akan memulangkan semula semua bayaran yang telah dibuat oleh para vendor atau penyewa tapak.
“PENGUMUMAN STARVENDORS EVENT SDN BHD* Assalammualaikum dan Salam Vaksin Raya 2021.
“Terlebih dahulu pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD ingin memohon maaf kepada semua vendorian, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama menjayakan event kami.
“Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda semua kerana sudi menunggu dan memberikan ruang dan kesempatan kepada pihak pengurusan STAR VENDORS / PWTC / MKN untuk berbincang & mencari jalan penyelesaian untuk keputusan pengumuman MCO 3.0 PKP di Wilayah Kuala Lumpur.
“Setelah berbincang dengan pihak PWTC dan pihak berkuasa, dan disokong oleh kenyataan Menteri Wilayah, pihak kami tidak, dibenarkan meneruskan Starvendors Mega Raya Fest 2021. Semua acara lain sedang & akan berlangsung di PWTC, telah dibatalkan.
“Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati akan MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24th April 2021 lalu.
“Proses bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu bekerja bermula dari Tarikh 7hb Mei 2021.Untuk segala proses refund, sila hubungi dengan staff yang anda berurusan.
“Allah datangkan ujian supaya kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha, ada hikmahNYA. Doa yang baik-baik, Insyallah yang datang semua yang baik-baik.
“Akhir kata pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN . Jumpa kami pada event akan datang,” tulisnya panjang lebar menerusi entri di Instagram.
Sekadar informasi, karnival Starvendors Mega Raya Fest dijadualkan bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC) bermula 7 sehingga 9 Mei.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.