Select Page

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama Sherry Ibrahim dipetik dan dikaitkan dengan perkahwinan Fattah Amin dan Fazura.

Semua ini terjadi apabila perancang perkahwinan Rekateemor meninggalkan komen meminta Pelakon Sherry Ibrahim untuk melihat sendiri perkahwinan pasangan popular Fattzura.

Seperti yang semua tahu, Sherry pernah menjalinkan hubungan bersama Fattah Amin beberapa tahun yang lalu sebelum Fattah berkenalan dengan Fazura.

Berang dan tidak faham mengapa namanya dikaitkan, Sherry sendiri bersuara dan meminta pihak Rekateemor untuk menjelaskan apakah yang mereka cuba lakukan?

Malah, Sherry juga menganggap perkara ini sebagai salah satu cara buli siber yang boleh mendatangkan pelbagai risiko.

“First of all i DON’T even know them and This happened on my video that i’d posted last night 
THIS remarks has led into public / cyber harassment (cyber bully) and open for the RISK and DISRESPECTFUL. 
KINDLY EXPLAIN TO ME BEFORE I PURSUE FURTHER ACTION @rekateemor” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkara ini turut mendapat perhatian ramai dan turut berang dengan nasib yang menimpa Sherry.

Namun bagaimanapun pihak Rekateemor telah tampil dan memberitahu akaun instagram mereka telah digodam oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Aduh, mujurlah pihak Rekateemor cepat mengesan apa yang telah berlaku. Bagi MH tak mungkinlah pihak Rekateemor sanggup melakukan perkara seperti ini bukan?

Dalam pada itu, Sherry turut bersimpati atas apa yang terjadi pada akaun Rekateemor dan engan memanjangkan cerita.

Kasihan, tak pasal-pasal nama mereka yang dapat impak negatif. Apapun MH harap Sherry dapat bersabar dan selesaikan isu ini dengan cara yang baik bersama Rekateemor.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: