“Dah Takde Duitlah Tu,” – Bila Datuk Vida Minta Job Berlakon, Ada Netizen Sindir!

Share

Datuk Seri Vida memang dikenali suka meninggalkan komen berunsur gurauan di laman Instagram selebriti Malaysia.

Terbaru, pengasas produk kesihatan ini meninggalkan komen meminta job lakonan daripada pengarah terkenal, Micheal Ang.

“I nak berlakon juga,” tulisnya.

Mengambil komen Vida sebagai gurauan, Micheal dilihat memberikan reaksi lucu.

“Propa aje. Nanti masuk set nak balik la tu la ni la,” tulisnya membalas komen Vida.

Lalu, pengguna media sosial lainnya turut memberikan komen terhadap apa yang dikatakan DSV.

Ada yang tidak bersetuju penyanyi lagu I Am Me ini berlakon. Kata mereka, nanti asyik teringat Cik B pula.

Pada masa sama, ada juga yang menyindir usahawan ini apabila dia meminta job lakonan kononnya, Vida sudah tiada duit.

Aduhai, macam-macam komen yang diberikan. Apa kata korang pula?

Foto : Instagram Micheal Ang

IKLAN