“Dah Tak Putus Ke?,” – Kongsi Foto Bersama Lagi, Peminat Speku Mimi Lana Kembali Bersama Syafiq Kyle?

Share

Pelakon jelita, Mimi Lana ada memuat naik sekeping foto bersama dengan bekas kekasihnya, pelakon Syafiq Kyle.

Menerusi entri berkenaan, bintang drama bersiri Hati Yang Tersakiti itu dirakam foto secara berdua sambil memberi kredit teradap persalinan yang dikenakan.

“My forever best partner #msgm,” tulis Mimi ringkas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat membuat spekulasi pasangan selebriti ini kembali menjalinkan hubungan percintaan.

Pada masa sama, hero drama bersiri Nur itu juga turut berkongsi foto sama di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Mimi sebelum ini pernah memaklumkan hubungan percintaan bersama Syafiq berakhir pada Jun lalu kerana tiada sefahaman.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih menjalin hubungan baik sebaik rakan sesama artis.

Foto: Instagram Mimi Lana

IKLAN