“Dah Pakai Tudung Ke?” – Intan Ladyana Dedah Foto Lisa Surihani Berhijab, Siap Komen Mohon Doa Agar Bekekalan

Share

Baru sahaja memuat naik sekeping foto bersama beberapa teman rapat di laman Instagram, pelakon Intan Ladyana dilihat turut isi masa bersama rakan artis, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ialah penampilan pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu yang berhijab menarik mata netizen.

Rata-ratanya mahu mengetahui status penampilan terkini bintang cantik itu, lebih-lebih lagi selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Menerusi ruangan komen, Intan menjawab persoalan yang ditinggalkan kenalan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia dikenakan bagi menghormati kepulangannya dari tanah suci.

“Lisa dh pki tudung ke? InsyaAllah berkekalan abang doakan k,” balas Intan selepas ditanya di ruangan komen.

Lisa bagaimanapun tidak memuat naik sebarang foto terbaru di laman Instagram.

Apapun tak dinafikan, ayu betul Lisa bila berhijab, sejuk mata memandang.

Foto : Instagram Intan Ladyana, Lisa Surihani

IKLAN