“Dah Pakai Tudung, Jubah Longgar,”- Instafamous, Bengah Bersyukur Si Isteri Kini Sudah Berhijab, Netizen Puji Cantik Macam Bidadari!

Share

Instafamous, Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai Bengah sering mendapat perhatian ramai apabila kerap berkongsi video dan aktiviti hariannya di akaun Instagram bersama adik ‘istimewa’, Afiatul Salsabiila atau mesra dengan panggilan Cik Pia yang mengalami Syndrom Down.

Menariknya, Bengah ada memuat naik entri memaklumkan isterinya, Nur beserta sudah pun mengenakan hijab.

“Saya tak suka di dulu, sekarang saya suka!” 

SABAR.. aku bukan nak pandai cakap je. kita baik ke jahat ke? sabar jelag yg penting berdoa pada Allah

Dia nak berhijab pun ats urusan dia dgn Allah. Aku bimbing dia dgn doa.. senyap2 aku doa.. marah dgn dia pun aku doa.. tak marah punn DOA

Satu hari bila harijadi dia 16 November pd hari Jumaat..isteri minta jgn update jgn upload apa2! Aku ingatkan nak ajak gaduh ke atau nak buat prank.. rupanya pd hari tersebut terbuka pintu hati dia nak berhijab.. Hati ni bersangka baik.. mungkin dia nak pakai sekejap sekejap? Bila dia ckp.. “SUAMI SUKA ISTERI PAKAI MACAM NI??” Hoi! Jgn camni sayangku… aku punya gembira tu Allah je yg tahu..

 Aku perati je dressup isteriku Nur skrg ni.. dia suka pakai baju jubah yg longgar dari tubuh badan.. ada pula kata dia berbadan dua! Aku AMIN saja.. yg susahnya skrg ni bila nak ambik gambar.. dah pakai baju besar? mcm mn nak nmpk kecik? HAHHA! Dugaan lagi nak melayan perangai dia.. tapi tak apa semuanya manis! INSYALLAH,.. Terima kasih YA ALLAH! ,” tulisnya. 

Berlatarbelakangkan lagu Kekasih nyanyian kumpulan Devootees, video tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen terharu dengan seterusnya mendoakan Bengah dan Nur terus beristoqomah dalam pemakaian tudung sebegitu.

Malah ramai juga yang memuji keayuan isterinya yang kini tampil bertudung.

Video/Foto : IG Hammad Zamakhshari

IKLAN