Boleh dikatakan saban minggu, netizan akan disajikan dengan pelbagai kisah viral namun sayang apabila kebanyakkannya adalah berunsur negatif sahaja.

Daripada dua artis bergaduh di tempat letak kereta hinggalah ‘instafamous’ menari di sebuah kelab malam, semuanya memberikan impak negatif pada masyarakat.

Susulan itu, pelakon, Ashraf Muslim memuat naik entri di Instagram memberikan pendapatnya mengenai perkara itu.

IKLAN

“Sejak kebelakangan ini dah macam-macam cerita yang makin viral tapi kebanyakkannya cerita mesti ada unsur negatif.

“Nak jugaklah lepas ini viral-viral yang memberi impak positif dan otak ini dapat fikir yang baik-baik.

“Penat dah tengok buruk orang, salah orang, kata-kata buruk orang, aib orang dan semua ini memberikan minda kita rosak,” tulisnya.

Di ruangan kapsyen pula, Ashraf sekali lagi mengajak orang ramai supaya lebih bersifat ‘positif’ dalam diri masing-masing.

“Assalamualaikum… marilah kita sama-sama mulakan pagi ini dengan fikir yang baik-baik, buat benda yang baik-baik, cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik dan yang paling penting baikkan hati kita sebaik mungkin. #peringatanuntukdirisendiri,” tulisnya.

IKLAN

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ashraf itu namun pada MH, golongan makcik bawang ini sememangnya tidak boleh melihat perkara yang positif sahaja. Ada sahaja yang tak kena di mata mereka.

“Dah Macam-Macam Cerita Viral Mesti Ada Unsur Negatif,”- Asyraf Muslim

IKLAN

Apa-apapun, MH juga berharap apa yang dikatakan oleh Ashraf ini dapatlah meresap masuk di dalam sanubari masyarakat. Sampai bila kita nak asyik fikir yang negatif sahaja kan?

Foto: Instagram Ashraf Muslim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI