“Dah Macam Ariana Grande Ni Boleh Tiru Suara!,” – Makin Tular, Nourul Depp Puji Nyanyian Amsyar Sadri

Share

Rakaman video yang memaparkan seorang jejaka bernama Amsyar Sadri yang meniru gaya nyanyian beberapa penyanyi tanah air telah tular di laman media sosial.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang memuat naik video berkaitan termasuk penyanyi Nourul Depp.

Penyanyi Kerana Terluka ini berkongsi rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya dan turut memuji Amsyar sangat berbakat dalam nyanyian.

“Budak amsyar ni! Talented betui!!! Hahahhaa kelakar! Nak lagi !!!

“Ni dah macam @arianagrande ni boleh tiru suara! Legend rules!

“#talented #amsyarsadri kami kalau laggaq pintu atau apa apa; tak keluaq lagu tu… dia keluaq perkataan lain (not that I’m proud of).

“Nanti nak cuba maacm ni ahhahaha,” tulisnya seloroh.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen juga meluahkan rasa terhibur melihat perkongsian Nourul.

Video: Instagram Nourul Depp

IKLAN