“Dah Lama Tak Rasa Trending No 1,”- Akan Perform Live Pakai Baju Perempuan? Tomok Kata…

Share

Penyanyi, Tomok menjelaskan dirinya tidak terfikir lansung akan memakai pakaian perempuan jika membuat persembahan lagu terbarunya berjudul Bekas Kekasih.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka orang ramai boleh berfikiran sedemikian dan menyifatkan apa yang dia lakukan di dalam klip video tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

“Takkan la lepas ni nak menyanyi saya pakai baju perempuan pulak. Takkan sampai ke situ diorang boleh fikir. Apolaaaaa. Saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut.

“Saya mengangkat isu yang bagi saya agak berat kat Malaysia sekarang. Bukan suka suka saya berpakaian macam tu. Ada msg yang saya nak sampaikan seperti yang saya kata sebelum ini, yang tak baik jangan ambik. Ambik yg baik saja.

“Kesilapan dari saya saya akui. Salah tetap salah. Korang ambik yg baik saja ya. Imej saya takkan memang takkan berubah okay,” tulisnya.

Dalam pada itu, bekas penyanyi kumpulan New Boyz itu turut terkejut apabila mengetahui lagunya kini trending nombor satu di laman Youtube.

“Bismillahirahmanirahim, dah lama rasanya saya tak rasa perasaan ni. Alhamdulillah terima kasih semua menjadikan lagu BEKAS KEKASIH TRENDING NO 1

“Terima kasih pada korang yg selama ni support saya, yg tak pernah jemu mendengar lagu-lagu saya,” katanya.

Sebelum ini, Tomok telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara memakai pakaian perempuan di dalam muzik video lagu terbarunya itu.

Foto: Instagram Tomok

IKLAN