Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengumumkan bakal mencabar dirinya untuk menyelubungi seluruh anggota badan dengan 100,000 ekor lebah hidup.

Cabaran tersebut dijadualkan akan berlansung pada 5 November ini dan akan disiarkan secara lansung di Facebook Live Shuib.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Shuib menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Doakan saya ye. 100,000 ekor lebah. Mak datok. Aje giler #beemanchallenge ,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Shuib turut meminta orang ramai supaya mendoakan keselamatannya ketika melakukan aksi ngeri itu.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat seakan tidak percaya Shuib akan melakukan cabaran tersebut namun, ada juga yang memberikan kata-kata semangat.

“Dah Habis Fikir Ke Eb,”- Shuib Sepahtu Nak Buat ‘Kerja Gila’, Bakal Selubung Diri Dengan 100 Ribu  Ekor Lebah

Namun, jika diingatkan kembali, melakukan lagak ngeri bukanlah sesuatu yang baru buat Shuib kerana sebelum ini, dia juga pernah menyertai program ekstrem Fear Factor Malaysia.

Foto: Instagram Shuib

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI