“Dah Buka Mata, Kaki Menendang, Tangan Bergerak Aktif…,” – Ayash Affan Nama Diberi, Shuib ‘Update’ Bayi pramatang Siti Sarah

Share

Shuib memaklumkan bayi lelakinya yang dilahirkan secara pramatang mula menunjukkan perkembangan positif selepas dibedah keluar pada petang Jumaat.

Berkongsikan perkara tersebut, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu turut bersyukur kerana anak keempat mereka yang diberi nama Ayash Affan itu berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah sedikit update utk AYASH AFFAN (Baby baru lahir pramatang 7bulan) Dr Faiz HUKM bgtau alhamdulillah pg ni dia dah bukak mata, kaki dah menendang nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

“YA Allah syukur,ini juga berkat doa korang semua yg tak henti2 mendoakan kesihatan Ayash.

“SY BALIKKAN DOA2 kalian,semoga korang juga dipermudahkan segala urusan,diberi kesihatan yg baik,terhindar dr segala kemudaratan insyaAllah Amin,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan Shuib menerusi salah sati status yg dimuat naik di Insta Stories, hari ini.

Terdahulu, Sarah selamat menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, pada Jumaat bagi mengeluarkan bayi pramatang ketika usia kandungan tujuh bulan.

Dia telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Sarah dan Shuib serta anak-anak mereka disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.
Foto: Instagram Shuib, Siti Sarah

IKLAN