“Dah Boleh Harap Anak Dara Ni,”- Anak Siti Sarah Bantu Kemas Rumah, Netizen Memuji Sebab…

Share

Memang jadi impian setiap insan yang bergelar ibu apabila anak-anaknya sudah pandai dan rajin untuk membantu ibu mengemas rumah.

Terbaru penyanyi Siti Sarah telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, video tersebut telah merakamkan salah seorang anak Sarah, Dzakira Talita Zehra sedang membantu Sarah mencuci pinggan di dapur.

“im so proud of u baby girl @officialdekta”tulisnya.

Lantas, isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib telah menerima pujian dan komen positif daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji Sarah dalam mendidik anak-anaknya dari usia yang muda. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Bagus anak-anak Sarah, kecil-kecil lagi dah rajin tolong ibu mengemas rumah. Semoga anak-anak Sarah terus menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Video : Instagram Siti Sarah

IKLAN