Perkongsian tersebut buat Lisdawati menerusi Instagram baru-baru ini sekaligus menerima ucapan tahniah dari peminat.
Malah tak kurang yang menitipkan rasa syukur dengan khabar yang dikongsikannya.
Terdahulu, Fauzi menerusi Harian Metro sebelum ini menyatakan rasa terujanya kerana merima dua orang cucu dalam tempoh sebulan.
Ads
Anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.
Sementara pada 26 Oktober pula, Fauzi dikurniakan cucu kedua apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.
Ads
Menurut Fauzi, dia juga gembira apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.
“Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah tersohor, Aziz M. Osman mendedahkan dia tidak mempunyai masalah dengan syarat yang diletakkan oleh pihak stesen televisyen untuk mengambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial.
Bercakap di program, Begitu Begini Dj Nazz, Aziz merasakan untuk mendapatkan jutaan pengikut di media sosial, bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana mereka perlu mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Katanya lagi, para pengarah harus memanfaatkan peluang tersebut untuk membentuk para selebriti media sosial ini menjadi bintang pada masa akan datang.
Perkara tersebut telah dibuktikannya ketika dia mula-mula membawa masuk nama-nama besar seperti Neelofa, Maya Karin dan Sari Yanti ke dalam industri lakonan tanah air satu ketika dahulu.
“Kita kena akui fakta, rakan-rakan artis mungkin akan marah saya kalau saya bercakap mengenai perkara ini. Saya boleh terima bila stesen tv inginkan pelakon yang memiliki 1 juta followers.
“Bagi saya, untuk mendapatkan 1 juta followers, ia bukan satu perkara yang mudah. Mereka mesti ada sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya bakat. Bagaimanapun, kalau mereka tiada bakat, mereka tetap akan ditolak.
“Saya memperkenalkan pelakon-pelakon seperti Maya Karin, Neelofa, Sari Yanti dan ramai lagi. Mereka dulu bermula dengan tiada apa-apa. Ada segelintir pihak yang menganggap saya hanya mengambil pelakon-pelakon bintang. Sebenarnya tidak.
“Saya hanya mengambil pendatang filem baru kemudian, saya bentuk mereka menjadi bintang seperti sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama, Kampung Pisang Bersiri-Siri ini turut berpendapat sikap iri hati terhadap mereka yang mempunyai jumlah followers yang ramai ini harus dihentikan sebaliknya bersainglah dengan sihat bagi merebut sesebuah tawaran itu.
“Kalau mereka sudah hadir dengan followers yang begitu ramai, kini tanggungjawab saya atau para rakan pengarah pula yang didik mereka untuk menjadi bintang pada masa akan datang.
“Jangan kita iri hati dengan mereka yang punyai followers sampai berjuta ni. Saya tak nafikan juga yang tiada followers pun berbakat. Saya rasa persaingan itu sihat. Tak perlu pun iri hati atau dengki dengan kelebihan orang lain,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Aziz tidak menafikan pemilihan seseorang pelakon itu harus bersesuai dengan watak yang diberikan.
“Saya tak kata yang saya okay dengan syarat yang diletakkan oleh stesen tv itu. Cuma saya memandangnya dari sudut yang positif. Secara peribadi, kalau tidak kena pada watak, saya tidak akan pilih Instafamous tu. Saya tidak akan paksa mereka untuk sesuaikan dengan watak.
“Ambil sahaja contoh Arwah Mamat Khalid, kesemua budak-budak Kampung Pisang tu, followers mereka pun tak banyak. Watak tersebut tetap juga menjadi.
“Seperti kita tahu, sebahagian daripada followers yang berjuta itu adalah haters. Mereka mengikuti seseorang itu untuk bergosip atau bercakap mengenai pelakon tersebut. Bila ada ramai yang nak bercakap mengenai mereka, mesti mereka ada sesuatu yang lain daripada yang lain,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aziz memaklumkan dia kini bakal kembali mengarahkan sebuah lagi filem komedi melibatkan kumpulan lawak lagenda, Senario.
Sumber: Youtube Gegar FM, Instagram Aziz M. Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada kepada pelakon sinetron Indonesia, Erlina Oktarini menyifatkan anaknya, Allahyarhamah Hanna Kirana sebagai permata hati yang baik dalam keluarga.
Memetik InsertLive.com, arwah juga gadis peramah dan sangat menyayangi adik beradiknya yang lain.
“Hanna boleh digambarkan sebagai anak yang baik di rumah. Dia seorang yang peramah dengan semua orang. Dia juga cukup sayangkan adik-beradiknya yang lain.
“Dia mungkin ada hasrat untuk membahagiakan keluarga, tapi hayatnya tidak panjang,” katanya seperti yang dipetik pada Rabu.
Menurut ibunya lagi, jenazah dimakamkan berdekatan pusara neneknya.
Dalam pada itu, Erlina yang reda atas pemergian anak tersayang turut mendoakan agar roh Hanna dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
“Doa dari mama untuk Hanna mudah-mudahan anak mama Hanna pergi dalam keadaan khusnul khotimah, kami semua sudah ikhlas kerana kami terlalu sayangkannya, dia anak yang baik,” titipnya lagi.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bintang remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan jantung di sebuah hospital di Bogor, Indonesia, Selasa malam.
Nama pelakon terbabit mula menjadi perhatian sekitar Jun lalu selepas menggantikan Lea Ciarachel dalam sinetron berjudul Suara Hati Istri: Zahra.
Sumber: InsertLive.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyampai radio DJ Lin kerana telah memenangi anugerah kategori Penyampai Radio Paling Popular di ABPBH34, pada malam Sabtu.
Lin atau nama lengkapnya Roslinda Abdul Majid ketika memberi ucapan sejurus menerima anugerah tersebut meluahkan rasa syukur atas kejayaannya itu bersama penonton.
Penyampai radio berusia 44 tahun ini ada menitipkan ucapan ibunya setelah memenangi anugerah tersebut buat kali ke-4.
“Alhamdulillah terima kasih Allah, pada ibu saya Puteh Binti Jantan yang berada di Larkin, Johor Bahru. Tanpa doa mak, orang mungkin tak ada kat atas pentas ni.
“Untuk anak saya, Nazreen dan Narisya ibu sayang anda berdua. Terima kasih kerana sentiasa menemani ibu yang sentiasa sibuk,” katanya.
Pada masa sama, Lin turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada dirinya yang telah menceburi dunia penyiaran radio hampir 22 tahun.
“Dan kepada semua yang bersusah-payah mengokong, mengundi saya, berkempen dan sebagainya serta semua yang mendoakan saya pada malam ini untuk dapat naik ke pentas, terima kasih hanya Allah dapat membalasnya,” akhirinya.
Sebelum ini, Lin atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lin pernah memenangi anugerah yang sama sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2015, 2019 dan 2020.
Foto: Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...