Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-35, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus ada berkongsi video kenangannya bersama Allahyarham abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Izwan Pilus.

Menurut Aril, video berdurasi 30 saat itu telah pun berusia hampir 10 tahun dan diambil sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-25.

“Dah 10 tahun video ni tersimpan, terima kasih @pu3uraini sudi simpan video ni dalam labtop, ucapan ulangtahun saya yang ke 25 tahun yang di ucapkan oleh #Allahyarham #IzwanPilus 😂😂😂

“Terima kasih Abang Wan, dengan ini secara rasmi semua org tau “nama gelaran” yang arwah paklong bagi kat aku En Lop! Hahaha

“Terima Kasih semua atas ucapan ulangtahun saya yang ke 35 tahun, semoga anda semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Amin!,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi akaun Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu terhadap arwah Izwan selain turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang Akedemi Fantasia musim ke-7 itu.

Terdahulu, Izwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.

Sumber: Instagram Aril Pilus

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI