“Cute Couple!,”- Pakai Bra Putih & Overall Jeans, Ini Gaya Fify Azmi & Teman Lelaki Ke Konsert, Stailo!

Share

Konsert Good Vibes Festival (GVF) 2019 telah berlangsung dengan meriah sekali di Gohtong Jaya, Genting Highlands pada Sabtu dan Ahad lalu. 

Malah, ramai pengunjung yang hadir bagi merasai suasana havoc itu termasuk selebriti, Fify Azmi yang hadir bersama teman lelakinya, Haidar Hasanudin. 

Fify yang juga seorang pelakon tampil santai dengan mengenakan jeans overall berwarna jingga, manakala Haidar pula singlet berwarna merah.

Fify atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohamed Azmi turut merakam video sedang menari kerana asyik dengan muzik di konsert berkenaan. 

Selain itu, bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 ini juga mengenakan baju dalam (bra) berwarna putih dan digayakan bersama overall pada hari kedua konsert itu diadakan.

Sementara itu, netizen telah meninggalkan komen terhadap gambar tersebut.

Fify sebelum ini tampil dengan imej berambut panjang, namun pada pertengahan Mac lalu, dia nekad untuk berambut pendek kerana terikat dengan filem Wira. 

Foto : Instagram Fify Azmi 

IKLAN