Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui rasa terharu selepas menerima pelbagai reaksi daripada para peminatnya di Instagram selepas selebriti tersebut meminta ramai untuk berkongsi kisah percintaan yang putus di tengah jalan.
Jelas penyanyi Mata itu lagi, dia berterima kasih atas perkongsian dan menyifatkan hubungan cinta yang terjalin perlu saling melengkapi.
Jika tiada jodoh, mungkin ada insan yang lebih sesuai menanti selepas ini.
“Post saya semalam berapi-rapi comment. Saya baca semua yang korang luahkan. Sempat reply. Seriously terharu baca rintihan hati korang. Thank you for sharing.
Ads
“Curang, tak setia, tak jujur semua berlaku dalam percintaan. Tak jadi dekat semua orang, tetapi kebanyakkan. Ingat, kalau nak pasangan kita baik, setia, tak tipu kita, jujur, tulus, maka kita pun kena jadi dan buat benda yang sama.
“Semoga semua baik-baik saja untuk kalian. Redha, banyak doa. Pasangan anda sebelum ni bukan yang terbaik buat diri kamu, tapi dia mungkin yang terbaik dan lebih baik bersama orang lain. Insyaallah yang bersesuaian dan yang terbaik buat dirimu akan hadir,” tulisnya.
Ads
Ayda kini sedang menantikan detik bergelar raja sehari bersama tunangnya, Nabil Mahir.
Ads
Pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan pada 1 Januari 2021.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi akibat kesukaran bernafas, pada Isnin.
Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, difahamkan telah dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah.
Wakil kepada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim yang dikenali sebagai Muhammad Shah memberitahu gadis berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan kuman di paru-paru, memetik mStar.
Menurutnya lagi, Wani berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut selepas menjalani pembedahan bariatrik (potong usus) pada Ogos tahun lalu berikutan dia tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan susulan.
“Wani dikejarkan ke hospital sekitar pukul 9 pagi tadi selepas dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di paru-paru Wani.
“Selepas Wani melakukan pembedahan potong usus, dia tak pernah pergi buat pemeriksaan susulan. Kita memang berniat untuk bawa dia menjalani pemeriksaan untuk tahu status sebenar apabila mengetahui dia tidak menjalani sebarang rawatan dan pemeriksaan susulan.
“Mengenai punca jangkitan… saya serah pada pihak hospital dan kita lihat keadaan Wani memang tidak berapa sihat semenjak pertemuan pertama di Jerantut.
“Cuma kita memerlukan masa bagi menyediakan bantuan supaya Wani boleh mendapatkan rawatan,” katanya seperti dipetik.
Sementara itu, Wani menerusi Instagram dan Instastory turut memuat naik foto dia berada di sebuah hospital mendapat perhatian netizen di laman sosial.
“Wani kena tahan di hospital. Wani sakit. Tolong doakan Wani,” tulis Wani pada Instastory.
Sebelum ini, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram meluahkan rasa kecewa dan mendakwa seorang usahawan kosmetik terkenal menabur janji manis selain menyediakan kontrak yang didakwa sebagai perjanjian berat sebelah.
Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Wani berharap masalah berat badannya selesai selepas menjadi duta produk ubat kurus usahawan kosmetik terkenal berkenaan, sebaliknya yang berlaku.
Justeru, gadis malang itu terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.
Menceritakan lebih terperinci, Wani berkata pada Ogos tahun lalu usahawan berkenaan tampil menawarkan pembiayaan bagi menjalani pembedahan bariatrik serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.
Sementara itu, Shah turut menjelaskan buat masa sekarang, Wani masih ditahan di wad zon kuning sementara menunggu keputusan pemeriksaan ujian makmal.
Tambahnya Wani pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak dia menjalani pembedahan tersebut.
“Doktor terpaksa tahan Wani di wad sementara menunggu hasil ujian kesihatan. Pihak hospital juga terpaksa berbuat demikian agar pemeriksaan lanjut boleh dijalankan untuk mengetahui status kesihatan Wani.
Saya harap semua orang boleh doakan untuk keadaan kesihatan Wani,” ujarnya.
Sumber/Foto: mStar, Instagram Wani Comel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aishah meluahkan rasa apabila lagu Aku Bidadari Syurgamu berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke -35 (AJL35) Februari depan.
Aishah mengantikan penyanyi asal lagu tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi saingan di acara anugerah muzik tahunan itu.
Jelas Aishah, air matanya juga gugur mengenangkan lirik Aku Bidadari Syurgamu yang cukup menyentuh hati.
“Day #258 – Banyak makan airmata I lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ni. Bila mula2 dengar lagu ni,memang banyak kali airmata jatuh, because I feel it to the bone.
“Especially part ‘Seandainya aku yg pergi dulu… ‘I selalu say something similar to abang. Why I say that? Kerana seorang isteri yg pergi dulu dlm keredhaan, doa dan keampunan suaminya, sangat mudah jalannya ke syurga.
“Sudah tentu itulah yg kita cari sebagai seorang isteri. Anyway, uolls pun tau lah segala haru biru selepas my performance of the song, yg membuatkan lebih byk airmata I yg jatuh ke bumi,” tulisnya.
Malah, air matanya sekali lagi gugur apabila mengetahui lagu berkenaan turut layak ke AJL35.
“Airmata yg jatuh tak bererti lemah, sekadar mengingatkan kita, yg kita hanya manusia yg ada hati dan perasaan.
“Malam ini gugur lagi airmata I, gembira utk komposer dan penulis lirik ABS. Airmata ini juga mengenangkan samada adakah pisang akan berbuah dua kali. Berat…
“Allah swt saja yg tau. Tapi I yakin, doa orang teraniaya tiada hijabnya. Hanya Dia yg tahu segalanya” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti serta peminat ada menitipkan ucapan tahniah dan memberikan kata semangat buat kepada penyanyi berusia 55 tahun itu.
Aku Bidadari Syurganya merupakan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik oleh Siti Rosmizah.
Foto: Instagram Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...