“Cuma Diminta Untuk Membacakan Doa Saja,” – Hadir Di Majlis Kahwin Adik Neelofa, PU Riz Jawab Spekulasi

Share

Pelakon dan pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang turut hadir di dalam majlis perkahwinan adik ahli perniagaan dan hos, Noor Neelofa pada Ahad tampil menjawab spekulasi wargamaya.

Ini kerana, menerusi foto majlis yang kini menjadi bualan selepas dikongsikan di media sosial, Riz dilihat turut mengenakan persalinan sedondon dengan ahli keluarga Neelofa

Malah, kakak Neelofa, Noor Nabila menerusi Insta Stories turut berkongsi kelibat kedua-duanya secara kandid yang disertakan emoji berbentuk ‘love’.

Menerusi Gempak, Riz menjelaskan keberadaannya di majlis tersebut hanyalah sekadar memenuhi undangan untuk membacakan doa.

“Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,” katanya seperti yang dipetik.

Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.

Selepas itu, keduanya saling menjalinkan hubungan kerjasama menerusi beberapa projek amal, termasuk ketika sambutan Hari Raya Korban, baru-baru ini.

Sumber: Gempak

IKLAN