Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Diana Danielle yang mempunyai latar belakang kacukan Malaysia-Amerika Syarikat. Menurutnya, yang lebih mesra disapa sebagai Dee, selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Ini Cara Diana Danielle Lembapkan Kulit Kering, Atasi Iritasi
Ketika bertemu Dee, pada salah satu majlis pelancaran serum kecantikan di Ibu Kota team MH sempat bertanyakan apakah Dee pernah mengalami sebarang masalah kulit dan bagaimana cara dia mengekalkan kecantikan kulit atau rejim kecantikan yang diamalkanya, jom semak!
Menurut isteri kepada aktor Farid Kamil itu, dia merupakan seorang yang amat ‘simple’ apabila berkongsi tentang rutin kecantikan miliknya, Diana mendedahkan bahawa dia tidak gemar memakai terlalu banyak produk penjagaan kulit, cukup sekadar yang asas sahaja.
Ads
1. Ais Bantu Kurangkan Iritasi Kulit
“Sebelum lakukan apa-apa jua rutin kecantikan sebaik bangun sahaja daripada tidur Dee akan pastikan minum air secukupnya terlebih terlebih dahulu, kerana itu adalah rutin terbaik untuk kulit.
“Selepas itu, Dee akan basuh muka dengan pencuci muka yang mampu menghidrasi kulit sekaligus mengatasi masalah kulit kering, sebab kulit Dee jenis agak kering.
“Kemudian, saya akan prep muka dengan ais batu setiap kali sebelum menjalankan rutin skincare atau solekan, ini bertujuan untuk sekatakan complexion kulit Dee, sebab selain menghadapi masalah kulit kering, kulit saya kadang-kadang ada masalah tompok-tompok merah.
Ads
2. Pelembab Menjaga Kelembapan Agar Kulit Tidak Kering
“Saya akan pastikan sebelum bersolek akan prep muka menggunakan pelembab terlebih dahulu. Oleh kerana mempunyai masalah, kulit kering Dee suka bertukar-tukar pelembab.
“Jadi Dee ada lima ke enam pelembab, dan akan pilih menggunakan pelembap yang lebih ringan pada hari-hari biasa. Serta pelembap yang lebih berat, jika memerlukan Dee untuk mengenakan solekan yang tebal pada hari shooting, hadiri event dan sebagainya,” jelas Diana Danielle.
3. SPF Penting Untuk Melindungi Kulit!
“Paling penting, jangan lupa gunakan sunscreen setiap hari tidak kira semasa berada dalam atau luar rumah untuk melindungi kulit kita dari kesan pancaran matahari.
Ads
“Dee suka gunakan sunscreen jenis spray, kerana lebih mudah untuk kita re-apply dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum dan selepas kita berada di luar rumah,” ujarnya.
Untuk rekod, Diana Danielle merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola dan telah membintangi beberapa filem dan drama TV sehingga kini.
Pada 3 November 2012, Diana Danielle telah mengakhiri zaman bujangnya bersama aktor dan pengarah, Farid Kamil dan hasil perkongsian hidup selama dua belas tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Lisdawati berpendapat sudah menjadi tanggungjawab para suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.
Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fauzi Nawawi, Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.
“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.
“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.
“Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” katanya.
Kata lagi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak menafikan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri sudah menjadi asam garam dalam berumah tangga.
Lisda menambah, para isteri juga harus memainkan peranan untuk sentiasa menjaga maruah pasangan dan setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja.
“Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.
“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.
“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Sekadar informasi, Lisda dan Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian 7 Hari Mencintaikui 3 telah melabuhkan tirai pada Jumaat.
Selaku pelakon, Jasmin Hamid berharap para penonton mendapat pengajaran bemanfaat daripada drama bersiri berkenaan.
“Sebahagian dari pemain-pemain Drama #7harimencintaiku3.
“Moga kami dapat sampaikan ilmu yang bermanafaat buat uols semua melalui Karya Puan @sitirosmizahsemail, Garapan Pengarah @khanmancung serta watak para pemain..,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun media sosial Instagram.
Selain itu, Jasmin tidak menafikan setiap watak yang dilakonkan sememangnya wujud di sekeliling masyarakat kita.
“Yang baik kita jadikan CONTOH. Yang buruk kita jadikan IKHTIBAR. Sememangnya WUJUD watak-watak yang kami lakonkan kerana ada pelbagai manusia di dalam dunia ini.
“Cuma mungkin kita tidak pernah mengenali mereka atau tak sedar yang mereka ada di sekeliling kita. Hebat Bukan?,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, 7 Hari Mencintaiku 3 dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen tidak menolak rezeki jika dikurniakan cahaya mata meski baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pelakon Pekin Ibrahim pada 7 Disember lalu.
Malah, Mona turut berkongsi cerita perkembangan terkini setelah hampir setahun bergelar isteri kepada Pekin.
“Setakat ini semuanya macam biasa sahaja semuanya okey sahaja. Saya dan Pekin tengah shooting sama-sama.
“Saya rasa happy je setakat ini cuma kalau gaduh-gaduh manja tu ada.
“Tapi tu perkara biasa, lepas gaduh jadi rapat balik malah lebih rapat dari yang sebelumnya.
“Perangai Pekin semakin hari semakin baik jadi saya berasa sangat-sangat bersyukur,” kongsi bintang berusia 34 tahun itu.
Menurut Mona, dia dan Pekin merancang untuk memiliki cahaya mata tahun hadapan jika diizinkanNya.
Kongsi pelakon kelahiran Pulau Pinang ini lagi, suaminya kini memiliki sikap kematangan dan kebapaan dalam diri yang membuatkan mereka berasa tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
“Kami rancang tahun depan nak ada anak tapi kalau ada rezeki sekarang pun saya tak menolak tapi InsyaAllah tahun hadapan.
“Pekin sekarang mood dah macam bapak-bapak tengok bayi pun macam nak terkam jer jadi saya rasa Pekin macam dah bersedia untuk jadi seorang ayah.
“Jadi saya harap peminat doakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Mona ditemui MH pada majlis perlantikannya sebagai duta produk kecantikan NAFURA, di Crème De La Creme, Damansara Utama pada Jumaat lalu.
Menurut bintang drama bersiri Cinta Non Grata ini, dia amat cerewet pemilihan produk kecantikan. Malah turut mencuba terlebih dahulu Nafura apabila dipelawa bagi mengetahui akan keberkesanannya sendiri.
“Sebelum Mona nak jadi duta produk untuk mana-mana produk Mona akan cuba dulu produk tersebut nak tahu kesan dia macam mana.
“Jadi dengan Nafura ni, kesan dia sangat bagus dan best jadi sebab tu Mona bersetuju untuk menjadi duta produk ini.
“Kalau ikutkan, Mona memang sangat cerewet dan memilih pasal bab produk kecantikan ni,” jujur kata Mona.
Sekadar informasi, Nafura telah melancarkan serum wajah terbaru iaitu Nafura Alpine Snow White yang mengunakan teknologi dari Korea.
Bersatu dalam semangat kebersamaan walaupun dengan perbezaan arah dan tujuan, dua syarikat terkenal iaitu XO House dan High Cultured menyifatkan tiada apa yang mustahil.
Ini...