Cuaca Sejuk Melampau, Luluh Hati Heliza Helmi Lihat Kanak-Kanak Syria, “Dapat Selimut Seumpama Dapat Banglo”.

Share

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi berasa sebak melihat keperitan hidup yang dialami penduduk Syria, khususnya kanak-kanak.

Tambahan pula, cuaca disana mengalami cuaca sejuk melampau.

Kongsi anak kelahiran Terengganu itu, dia dan beberapa aktivis lain sebak melihat wajah riang kanak-kanak tersebut selepas menerima cenderamata seperti selimut tebal bagi melindungi diri daripada kesejukan.

“TERLALU LALU SEBAK.

SYUKRAN MALIZIA, SYUKRAN MALIZIYA!

“Saat kami nak ke kem pelarian lain , dan anak ini pula nak balik ke khemahnya, dia datang dengan senyuman penuh ikhlas dan raut wajahnya begitu gembira anak ini dengan sendirinya tak henti henti berkata “SYUKRAN MALIZIYA..SYUKRAN MALIZIYA.”

“Ya Allah luluh nya hati ini. Luluh dan hiba sangat sangat. Dapat selimut seumpama dapat rumah banglo, betapa bersyukur dan gembiranya mereka kerana sejuk boleh mencecah negatif.

“Mereka tak memaksa untuk kita bantu mereka, namun tergamakkah kita melihat post ini tanpa berbuat apa apa.. mungkin di akhirat kelak, dengan membantu mereka inilah yang akan bantu kita masuk me Syurga. Wallahu a’lam,” tulis Heliza sambil disertakan video. 

Bintang itu pada masa sama turut sertakan akaun bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban.

“Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
Atau
www.tabungsyria.com,” tulisnya.

Dalam pada itu, Heliza turut berkongsi aktivitinya sepanjang berada di Syria dan melihat perjalanan hidup penduduk di sana. 

Video / Foto : Instagram Heliza Helmi

IKLAN