Covid-19: “Bapa Mentua Saya Tak Sempat Diselamatkan… Sistem Tubuh Terganggu,” – Perkongsian Marsha Milan

Share

Menerusi program Wanita Hari Ini di TV3 yang membicarakan topik ‘Kehilangan Akibat Pandemik’ baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Marsha berkongsi kisah mendukacitakan buatnya seisi keluarga.

Dia yang diundang sebagai tetamu jemputan secara virtual terpanggil untuk bercerita pengalamannya yang telah kehilangan bapa mentua akibat wabak berbahaya Covid-19.

Menurut Marsha, dia rasa sangat takut setelah mendapat khabar berita bapa mertuanya disahkan positif wabak tersebut.

Difahamkan, bintang itu mendapat tahu mengenai perkara berkenaan ketika sedang berkerja di Seremban, Negeri Sembilan.

Kongsi penyanyi berusia 35 tahun ini lagi, bapa mentuanya itu tidak dapat diselamatkan oleh kerana sedia mempunyai beberapa penyakit seperti jantung dan buah pinggang.

“Pada ketika itu, saya sangat berasa takut sebab saya tahu bapa mentua merupakan golongan yang berisiko tinggi.

“Macam bapa mentua saya, dia punyai sejarah penyakit jantung, buah pinggang dan beberapa penyakit yang lain.

“Jadi bila dia dijangkiti Covid-19, sangat memberi impak dan kesannya seluruh sistem tubuh badan bapa mentua saya terganggu.

“Oleh kerana impak itu, bapa mentua saya tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Imbas kembali, bapa mentua Marsha, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mei lalu, Al-Fatihah.

Foto: Instagram Marsha

IKLAN