“Cover Konsert Michael Jackson, Bertugas Dari 8 Pagi Hingga…,”- Sempat Kutip Ilmu Akhirat, Azizah Ariffin Kongsi Pengalaman 18 Tahun Jadi ‘Keluarga’ Di TV3
Pengacara dan personaliti TV, Azizah Ariffin meluahkan rasa bangga kerana pernah menjadi sebahagian besar keluarga TV3 selama 18 tahun.
Menurutnya, banyak ilmu yang dipelajari dalam dunia kewartawanan bermula sebagai seorang wartawan penyiaran sehingga senior produser.
Jelasnya lagi, tempoh berkhidmat selama 18 tahun bukanlah satu tempoh yg sekejap.
“Betul impact lagu yg menjadi nostalgia sebhgn besar masyarakat Malaysia apatah lagi kami bekas warga kerja TV3. Tempat jatuh lagi dikenang ini pula tempat mencari rezeki, menimba pelbagai ilmu & menyampai dakwah, 18 tahun bersama TV3 bukan lah satu tempoh yg singkat.
“Dari budak hingusan menjadi wartawan penyiaran tanpa ada sebarang pengalaman sehinggalah jadi senior producer. sememangnya mencabar minda dan semangat.
“Awal2 bertugas sbg wartawan penyiaran pernah diberi sehari sehingga 4 assignment, bertugas dr 8 pagi sampai tgh malam…masih ku ingat assignment terakhir hari tu kena cover konsert Michael Jackson.
“Orang lain berhibur berjoget n menyanyi tgk konsert aku tertidur dek kepenatan hahaha,” kongsinya.
IKLAN
Bagi Azizah lagi, pelbagai kenangan dicipta bersama sepanjang menjalankan tugas untuk stesen TV tersebut.
“Semua memori pahit, manis, sedih, gembira, penat lelah dgn segala mcm tekanan terpahat dlm ingatan (banyak jugak yg dah lupa haha sejenis tak suka hidup dlm masa lampau… Kita kenang yg baik2 saja n move on!.. )
“Semua jd asam garam kehidupan dan byk mematangkan diri… Di TV3 lah kita kenal erti persahabatan siapa teman siapa lawan siapa gunting dlm lipatan…siapa sahabat sejati…tak ada penyesalan dlm hidupku…semua perancangan Allah belaka,” tulisnya.
Memulakan imej baharu apabila tampil berhijab pada pertengahan Jun 2008, Azizah bersyukur kerana telah ditukarkan ke unit lain menerusi beberapa program keagamaan.
“Syukur di tahun2 terakhir di tv3 selepas “penghijrahanku” aku ditukarkan ke unit agama yg menemukan aku dgn ramai asatizah sempatlah mengutip pelbagai ilmu akhirat dan mendapat tempias bergaul dgn org2 soleh.
“Antara program ketika itu Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Adik & Al Quran, Semanis Kurma Celik Hati & Fiqh Wanita.. Sampai skrg rasa rindu nk produce program2 agama.
IKLAN
“Memerhati dari jauh je la perkembangan program agama di Media Prima.
“Terima kasih Allah Al Bari Yang Maha Mengatur yg tebaik utk hamba2Nya. Moga jika ada kebaikan dlm semua tugasan dan kerja2 dakwah yg sedikit tu dapatlah menjadi jariah yg memadamkan dosa2 di tahun2 kelalaianku di sana. Terima Kasih TV3!,” akhirinya.
Selepas segelintir selebriti tempatan mengkritik cara penjuriannya menerusi program realiti Famili Duo yang didakwa kasar, penyanyi Mas Idayu tampil menyuarakan pandangannya.
Sambil mempersoalkan mengapa sekarang...
Hos program Famili Duo bersama Sean Lee, Janna Nick mengakui saingan minggu keenam rancangan hiburan realiti itu cukup sengit.
Malah Janna menerusi satu hantaran terkininya...
Usahawan dan pelakon, Aeril Zafrel Aeril mengulas mengenai perkembangan pembinaan masjid yang diimpilan bersama isteri Wawa Zainal yang masih belum berjalan.
Pernah menyuarakan hasrat untuk...
“Pertama sekali, saya minta maaf…”
Demikian kata yang diungkapkan penyanyi Sissy Iman selepas diminta rakan hos Famili Duo, Janna Nick mengulas mengenai persembahannya sepanjang enam...
Penyanyi Ayda Jebat tidak mahu memberikan ulasan terperinci susulan insiden pertelingkahan yang berlaku melibatkan adiknya, Fyna Jebat pada awal pagi Isnin.
Ayda berkata, siasatan lanjut...
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Bersyukur atas rezeki...
Penerbit drama dan filem, Datuk Ayu Puteh memohon bantuan ramai untuk mengesan pembantu rumahnya yang didakwa telah melarikan diri.
Datuk Ayu atau nama sebenarnya, Normashayu...
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menyifatkan parodi yang dibuat berdasarkan insiden yang membabitkan Sissy Iman, Naim dan Mummy (Mas Idayu) di Famili Duo, Ahad...