Bekas pelakon, Azuan Mazlan ada meluahkan pendapatnya mengenai senario waktu drama tempatan yang disiarkan di kaca televisyen.

Malah, Azuan turut membuat perbandingan ‘views’ di antara drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dan Kuliah Maghrib Riyadus Sholihin, sebagaimana yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurutnya, kebanyakannya kini lebih banyak meluangkan masa menonton drama hiburan berbanding program berbentuk ilmu keagamaan.

“Ummat Menderita… Hiburan lebih diminati berbanding ilmu akhirat.. kebiasaannya lelaki mukmin akan ikhtikaf di masjid waktu maghrib hingga isya’.

“Sebab apa? Sebab ganjaran yang besar oleh Allah swt sediakan, iaitu barang siapa yang tidak melakukan apa2 perbuatan di antara maghrib & isya’ melainkan dia membaca Al-Quran, solat sunat atau mendengar ilmu agama maka ganjaran untuknya adalah Allah swt akan membinakan 2 istana di akhirat yang setiap satu jaraknya selama setahun perjalanan.

IKLAN

“Hari ini kalau anda perasan perempuan Islam Kita kehanyakkannya mendedah aurat, berpakaian seksi menjolok mata & trend terkini ramai perempuan Islam sekarang bertattoo adalah berpunca daripada seorang lelaki, ayah, suami, abang lelaki atau adik lelaki yang tidak mempunyai kefahaman agama & suka berhibur maka kesannya? rosaklah para wanita2 mereka.

Dalam pada itu, Azuan berpendapat drama yang disiarkan pada waktu yang berkenaan mampu beri kesan negatif.

“Contohnya, jika 100ribu view yang menonton drama jam 7 malam ini semuanya Wanita, korang rasa mereka boleh jaga solat awal waktu? Kalau dapat jaga pun solat mereka lintang pukang cepat2 seperti ayam mematuk makanan kerana waktu iklan hanya 2 hingga 4 minit sahaja.

IKLAN

“Confirm dalam solat akan bermain2 adegan drama ketika berdiri atau sujud maka terlupalah akan kiraan rakaat.

“Untuk Artis yang berlakon pula bagi drama tu, korang rasa berapa banyak dosa mereka? kerana lakonan mereka membuatkan orang lambat solat, tidak khusyuk dalam solat & ada juga disebabkan drama ini juga orang meninggalkan solat? Lagi ramai yang menonton drama ini maka lagi banyaklah tanggungan dosa mereka.

IKLAN

“Kata Ulama’, berlakunya kerosakkan ummat adalah berpunca daripada seorang lelaki yang tidak jaga solat berjemaah di masjid, tidak menjaga amal, tidak menundukkan pandangan, kurang ilmu agama & ianya dapat dilihat sendiri melalui wanita2 mereka. Seorang Wanita yang jahil lebih teruk daripada seribu lelaki yang paling jahat, manakala seorang wanita yang beriman lebih baik daripada seribu lelaki yang terbaik imannya.

“Apa2 pun jangan cepat melenting kerana kita bermuzakarah.. patut bersyukur kerana selagi ada orang yg ada fikir risau sebegini maka Allah swt akan tangguhkan bala & azab yang sedang Allah swt ingin turunkan sebab dosa2 kita sendiri.,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Ummat Menderita… . Hiburan lebih diminati berbanding ilmu akhirat.. kebiasaannya lelaki mukmin akan ikhtikaf di masjid waktu maghrib hingga isya'. Sebab apa? Sebab ganjaran yang besar oleh Allah swt sediakan, iaitu barang siapa yang tidak melakukan apa2 perbuatan di antara maghrib & isya' melainkan dia membaca Al-Quran, solat sunat atau mendengar ilmu agama maka ganjaran untuknya adalah Allah swt akan membinakan 2 istana di akhirat yang setiap satu jaraknya selama setahun perjalanan. . Hari ini kalau anda perasan perempuan Islam Kita kehanyakkannya mendedah aurat, berpakaian seksi menjolok mata & trend terkini ramai perempuan Islam sekarang bertattoo adalah berpunca daripada seorang lelaki, ayah, suami, abang lelaki atau adik lelaki yang tidak mempunyai kefahaman agama & suka berhibur maka kesannya? rosaklah para wanita2 mereka. Contohnya, jika 100ribu view yang menonton drama jam 7malam ini semuanya Wanita, korang rasa mereka boleh jaga solat awal waktu? Kalau dapat jaga pun solat mereka lintang pukang cepat2 seperti ayam mematuk makanan kerana waktu iklan hanya 2 hingga 4 minit sahaja. Confirm dalam solat akan bermain2 adegan drama ketika berdiri atau sujud maka terlupalah akan kiraan rakaat. Untuk Artis yang berlakon pula bagi drama tu, korang rasa berapa banyak dosa mereka? kerana lakonan mereka membuatkan orang lambat solat, tidak khusyuk dalam solat & ada juga disebabkan drama ini juga orang meninggalkan solat? Lagi ramai yang menonton drama ini maka lagi banyaklah tanggungan dosa mereka. . Kata Ulama', berlakunya kerosakkan ummat adalah berpunca daripada seorang lelaki yang tidak jaga solat berjemaah di masjid, tidak menjaga amal, tidak menundukkan pandangan, kurang ilmu agama & ianya dapat dilihat sendiri melalui wanita2 mereka. Seorang Wanita yang jahil lebih teruk daripada seribu lelaki yang paling jahat, manakala seorang wanita yang beriman lebih baik daripada seribu lelaki yang terbaik imannya. . Apa2 pun jangan cepat melenting kerana kita bermuzakarah.. patut bersyukur kerana selagi ada orang yg ada fikir risau sebegini maka Allah swt akan tangguhkan bala & azab yang sedang Allah swt ingin turunkan sebab dosa2 kita sendiri.

A post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on

Foto: Instagram Azuan Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI