“Contoh Kau Disambar Petir Dekat Kaabah, Orang Lain Tak Kena Tempias Sekali Ke?,” – Fezrul Khan Minta ‘Brother Sajat’ Tak Jadikan Tanah Haram Tempat Raih Publisiti

Share

Pelakon Fezrul Khan turut terkesan dengan tindakan usahawan dan selebriti sensasi, Sajat yang didakwa mengenakan telekung di Tanah Suci Mekah.

Jelasnya menerusi satu posting di Instagram, tanah haram bukan tempat untuk meraih publisiti.

Tambah pelakon ini lagi, tindakan penyanyi Makhluk Penggoda itu diibaratkan sebagai mencabar kesucian agama Islam sewaktu mengerjakan ibadah umrah seolah-olah sengaja mengundang bala.

“Brother Sajat Brother Sajat, nak cari publisiti pun jangan dekat tempat suci lahans.

“Brother Sajat ko nak crack tempat lain orang tak jadi masalah tapi ko crack dekat tempat suci. Bala diturunkan bukan dekat ko seorang je. Orang lain akan kena tempias sekali.

“Contoh ko di sambar petir dekat Kaabah, orang lain tak kena tempias sekali ke? Ingat Kaabah pun pernah disambar petir kalau kau belajar sejarah mengenai Kaabah la. That’s for your information,” kongsinya.

Perkongsian Fezrul turut mendapat reaksi netizen dan rata-rata memberi reaksi dengan kenyataan tersebut.

Terdahulu, Sajat mengundang kontroversi apabila didakwa bertekeleking ketika di Tanah Suci Mekah.

Foto : Instagram Fezrul Khan

IKLAN