“Comel Sis Berbadan Dua,” – Sajat Sahkan Fasha Sandha Kini Hamil?

Share

Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat ada berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan usahawan dan juru solek, Datuk Alha Alfa pada Ahad.

Dilangsungkan dengan meriah di Dewan MINDEF, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, penyanyi Makhluk Penggoda itu turut berkongsi gambar bersama rakan karibnya, Fasha Sandha yang turut berada di majlis sama.

Menariknya di ruangan kapsyen, Sajat ada menyatakan perasaan terujanya buat Fasha yang kini didakwa hamil anak pertamanya bersama suami, pelakon Aidil Aziz.

“Walaupun lama tak jumpa, tapi bila jumpa, harus bergambar tau. My lovely cute friend Fasha Sandha dan Elisya Sandha.

“Comel sis Fasha berbadan dua. Nanti ada masa kita lepak sama-sama ya,” tulisnya.

Terdahulu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun keguguran ketika usia kandungan mencecah kira-kira satu bulan.

Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemyma.

Fasha bagaimanapun masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi setakat ini mengenai khabar angin yang membayangkan dirinya kini hamil lagi.

Foto: Instagram Sajat

IKLAN