Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti gemar berkongsi momen bersama anaknya, Siti Aafiyah Khalid di akaun Instagram.
Terbaru, penyanyi lagu Anta Permana itu ada memuat naik beberapa rakaman video ketika sedang berseloroh dengan menegur Aafiyah gara-gara membuat sepah di rumah.
Di samping tu, Aafiyah kini kelihatan semakin bijak dan petah dalam berkata-kata meski baru berusia 2 tahun.
Lantas, perkongsian Tok Ti mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat comel permata hati tunggal penyanyi tersohor itu.
“Wehhh comel sangat niii. Datuk siti marah ke tu lembutnya lahai suara dia,” tulis netizen.
Ads
Ads
Sebelum ini, perkongsian Tok Ti pernah mendapat perhatian daripada netizen apabila berkongsi gelagat Aafiyah yang sudah mahir menyebut nama Datuk Seri Siti Nurhaliza secara lancar.
Sekadar informasi, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Video: Twitter Syafiq Hairiey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson kini dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) susulan keadaan kesihatannya bertambah buruk.
Johnson dimasukkan ke hospital semalam selepas gejala demam panas lebih daripada 10 hari dan disahkan positif Covid-19.
Beliau kini diberi bantuan pernafasan namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Selepas tengah hari semalam, keadaannya semakin teruk dan dinasihatkan dipindahkan ke ICU.
“Beliau mengarahkan Setiausaha Luarnya, Dominic Raab iaitu Setiausaha Negara mengambil alih jawatan timbalan bagi menjalankan tugas mana yang perlu.
“Beliau ketika ini stabil dan dalam keadaan sedar,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri Britain seperti yang dipetik.
Menurut laporan, Johnson disahkan positif pada 26 Mac lalu namun selepas 10 hari menjalani kuarantin sendiri di apartmennya di Downing Street, beliau kemudian dimasukkan ke hospital susulan demam dan batuk-batuk.
Bagaimanapun, menurut profesor di Institut Pengimejan University College London (UCL), Derek Hill, keadaan perdana menteri itu sememangnya semakin merosot.
Jelasnya, salah satu ciri Covid-19 adalah pesakit lelaki akan berada dalam keadaan lebih parah berbanding wanita terutama mereka yang berusia lebih 40 tahun.
Malah jika usia melebihi 60 tahun, ia lebih berisiko apabila mengidap penyakit kritikal lain.
Sumber : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ashraf Muslim, meluahkan rasa syukur selepas melihat ramai rakan-rakan yang dikenali sewaktu dikuarantin di Hospital Sungai Buloh telah dibenarkan pulang selepas pulih daripada wabak COVID-19.
Menurut Ashraf, dia tidak akan melupakan setiap kenangan dan ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh kuarantin bersama sahabat-sahabat barunya itu.
“Syukur pada mereka ramai yg telah sihat dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga.
“Kenanganku bersama mereka takkan aku lupakan, segala ilmu yg dikongsi takkanku sia-siakan,” tulisnya.
Tambahnya lagi, nasihat-nasihat yang diterima sepanjang duduk bersama di wad 31 telah membuatkan dirinya tersedar daripada kelalaian dunia.
“Perasaan sayang bersama mereka telah timbul dgn perwatakkan dan akhlak yg ditunjukkan pada aku.
“InsyAllah setiap pesanan yg diberikan akan ku amalkan. Terima kasih sahabatku Firdaus, Abdullah, En Shamsul dan ramai lagi.
“Dan paling ku tidak lupakan lelaki yg berjubah yang meninggalkn senyuman padaku ini ialah lebih dikenali Hj Usman banyak kata-katanya membuatku tersedar dari tidur.
“Terima kasih semua di wad 31. Hanya Allah yang mampu membalas kamu semua,” katanya.
Video sayu tersebut dikongsikan oleh Ashraf menerusi laman Instagram miliknya.
Memerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Ashraf juga akan dibenarkan pulang tidak lama lagi.
Terdahulu, Ashraf telah disahkan positif COVID-19 sebaik sahaja pulang selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland.
sumber: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Shahz yang kini bersama untuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), meluahkan rasa syukur selepas dirinya disahkan negatif COVID-19.
Menurut Adam, dia juga terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 18 hari selapas ada melakukan kontak rapat bersama pesakit yang tidak jujur dengan tahap kesihatannya.
Alhamdulillah, result -ve setelah 18 hari dikuarantin setelah contact rapat dengan orang yang tidak jujur dan +ve. Janganlah pentingkan diri sendiri, dan merisikokan kesihatan orang lain. pic.twitter.com/5dvuQeGnxQ
“Alhamdulillah, result negatif setelah 18 hari dikuarantin setelah contact rapat dengan orang yang tidak jujur dan positif.
“Janganlah pentingkan diri sendiri, dan merisikokan kesihatan orang lain,” kongsinya di akaun Twitter.
Mengulas lebih panjang di akaun Instagram pulaAdam memberi tahu bahawa individu terbabit didapati tidak mematuhi prosedur standard saringan COVID-19 seperti yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Lama tak tengok saya post gambarkan? Sebelum ni saya dikuarantin 18 hari kerana ada contact dengan +ve covid19.
“Saya dikuarantin kerana ada segelintir orang yang tidak patuh dengan SOP saringan.
“Tak kisahlah siapa pun, once dah buat saringan tak sepatutnya keluar!! Duduk rumah, jauhkan dari contact rapat dengan orang.
“Dah tahu kena saring, boleh pula merayau pergi kerja.Kalau tak sayang nyawa sendiri, atleast sayanglah nyawa ahli keluarga tu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adam turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pesakit yang berlagak dan tidak mengendahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan.
“Untuk kluster kayangan, berapa ramai dah frontliner dikuarantin sebabkan kamu.
Boleh tak jangan berlagak macam dewa, banyak lagi kerja yang kami perlu buat.
“Kami berjauhan dari keluarga sebab nak bantu kamu, walhal kami ada pilihan untuk STAY AT HOME!
“Perikemanusiaan sikit, waktu genting macam ni kita tak sepatutnya nak LEBIH-LEBIH.
“Bersyukur atas apa yang TUHAN beri, selebinya tawakal dan doa supaya dihindarkan dari COVID19,” kongsinya lagi.
Entri tersebut turut disertakan dengan surat pengesahan doktor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menerusi rumangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut legamendengar perkhabaran tersebut selain turut meminta supaya orang ramai memberi kerjasama kepada petugas barisan hadapan.
Terdahulu, Adam merupakan salah seorang daripada selebriti yang berkhidmat di barisan hadapan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Instagram & Twitter Adam Shahz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...