“Comel Jer Kena Bebel,”- Intan Najuwa Kena Membebel Dengan Mak, Netizen Kata Comel Sangat!

Share

Bersempena dengan Hari Ibu Sedunia, ramai artis dan selebriti yang berkongsi momen bersama ibu tercinta di laman media sosial.

Terbaru, pelakon Intan Najuwa telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

“Happy mother’s day mama @erinnafishah ku yang kuat membebel. Sejak dah duduk sendiri ni, rindu dengar mama jerit suruh vacuum rumah”tulisnya.

Menerusi rakaman video tersebut, pelakon yang berusia 21 tahun itu telah meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.

Di samping itu, peminat memuji Intan yang kelihatan sangat comel apabila kena membebel dengan ibunya.

Alahai Intan, kena membebel dengan ibu sendiri pun comel sangat.

Foto : Instagram Intan Najuwa

IKLAN