“Comel,”- Bila Ramai Kata Tunang Elfira Loy Iras Fattah Amin, Ini Respon Win Dari Fazura!

Share

Baru-baru ini Elfira Loy ada melakukan sesi photoshoot bagi sebuah majalah tempatan bersama tunangnya, Faris Khairol Anuar. 

Bagaimanapun, ramai yang mula beranggapan bahawa Faris mempunyai iras seperti pelakon Fattah Amin.

 “Our photoshoot & interview together,” tulis El sambil disertakan hashtag #farisnotfattah.

Dalam pada itu, isteri kepada Fattah iaitu Nur Fazura turut meninggalkan komen. 

“Lol just saw that hashtag..Comel,” balas Fazura. 

Untuk rekod, Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada September lalu kediaman El, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kedua-dua pasangan merpati dua sejoli itu akan berkahwin pada Januari depan. 

Foto: IG Elfira Loy

IKLAN