Walaupun baharu mencecah usia lapan tahun, namun rata-rata netizen mengagumi kecantikan yang dimiliki anak perempuan pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Terbaharu, menerusi video yang dikongsikan oleh Rozita atau Che Ta di platform TikTok milikya, dia memuat naik satu rakaman menunjukkan Aaisyah sedang menemaninnya di sebuah restoran.
Yang menariknya, dalam video itu Aaisyah memakai tudung berwarna merah jambu sekali gus menarik perhatian warga maya yang teruja melihat penampilan Aaisyah yang kelihatan ayu.
Pelakon Beto Kusyairy berangkat ke tanah suci Mekah bersama isteri, Tisha Shahar bagi menunaikan ibadah umrah pada malam Isnin.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Beto atau nama sebenar, Nurkusyairy Zakuan Osman, 42, memohon doa daripada orang ramai serta meminta maaf di atas segala salah silapnya selama ini.
“Bismilahi Allahuakbar. HambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah.
InsyaAllah akan berangkat ke tanah suci malam ini (Isnin).
“Ampun maaf atas segala salah silap aku selama di sini. Mohon didoakan kelancaran dan segala ibadah diterima serta mendapat keberkatanNya.
Pemergian pasangan itu turut dihantar rakan-rakan artis yang rapat dengan Beto seperti Azhan Rani, Fikhree Bakar, Zahiril Adzim dan isteri, Shera Aiyob.
“Bukanlah kali pertama aku hantar kau ke airport… tapi kali ni lain. Safe flight sahabat. Semoga banyak yang indah-indah untuk korang berdua di sana nanti. Moga dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan dan beroleh umrah yang mabrur,” tulis Azhan Rani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beto Kusyairy & Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan, dia dan suaminya, Aliff Aziz, 31, menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa telah dihantar oleh seorang wanita.
Menurut Bella, sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya dengan Aliff retak.
“Sebenarnya terlalu berat untuk saya ceritakan. Tapi, menurut kata ustaz yang merawat, itu adalah sihir pemisah rumah tangga. Hubungan saya dengan Aliff juga jadi tak okay disebabkan perkara itu.
“Tapi Alhamdulillah, sudah ada perubahan selepas kami berubat. Saya juga bersyukur sebab Aliff pun terbuka hati untuk ikut berubat sebab ramai pasangan yang terkena perkara sebegini enggan untuk berubah,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui di sidang media Family Duo musim terbaharu yang diadakan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Bella mengakui kini telah mula mengurangkan perkongsian tentang keluarga di media sosial.
“Kami anggap ini ujian dan mungkin teguran untuk saya juga untuk mengurangkan membuat perkongsian di media sosial.
“Di kesempatan ini, saya minta maaf sangat-sangat jika ada mana-mana pihak yang tidak selesa dengan perkongsian saya di media sosial selama ini.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang keluarga di media sosial,”katanya.
Dalam pada itu, Bella juga sempat berkongsi tentang gangguan-gangguan yang dialami mereka sekeluarga dengan antaranya mimpi buruk.
“Saya pun ada mimpi ular. Tetapi Aliff alami mimpi yang lebih buruk seperti saya bawa balik lelaki dalam rumah dan nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam.
“Tetapi, selepas episod hitam itu berakhir, saya dan Aliff kini sedang memperbaiki diri masing-masing. Mungkin ada kekhilafan saya juga.
“Terima kasih kepada Aliff yang sentiasa ada di sisi saya selain sering memberikan sokongan moral. Kami sedar, kami perlu kuat untuk pertahankan rumah tangga kami,” katanya.
Tambah Bella, Aliff juga telah menasihatkannya untuk tidak cuba mencari dalang yang menghantar sihir tersebut selain mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Ayden Adrean, 5,dan Ara Adreanna, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya Lolipop.” Demikian jawapan yang diberikan figura atlet terjun negara, Datuk Leong Mun Yee di Instagram sejurus didedahkan identiti di balik maskot yang dipakainya menerusi program The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga (TMSMY3), minggu ini.
Terdahulu, tekaan rambang salah seorang jurinya, Sharnaaz Ahmad mengena apabila ikon sukan berkenaan selesai membuat persembahan menerusi lagi Sha Na Na daripada Amy Mastura.
Sekaligus, dia menjadi peserta pertama tersingkir pada saingan minggu kedua konsert.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik, rata-rata peminat memuji suara selain penampilannya yang ‘cute’ di dalam rancangan berkenaan.
Dalam pada itu, minggu bakal menyaksikan 13 lagi maskot berentap dalam TMSMY3, iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot dan Manggis
Turut berada dalam saingan termasuk Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersiaran setiap Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD.
Pempengaruh dan usahawan, Cik B menyatakan keyakinannya untuk bersaing dengan peserta lain menjelang konsert minggu pertama Talk To My Manager (TTMM) musim kedua yang bakal berlangsung pada 19 April ini.