Coach Yin atau nama sebenarnya, Mohd Tishrin b Mohd Adanan dilaporkan telibat dalam kemalangan kecil.
Kecelakaan jalan raya yang menimpa teman kepada ushawan kosmetik, Sajat ini difahamkan berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Cameron Highland, pagi semalam.
Malah, Yin turut berkongsi sedutan video menerusi Instagram.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan, kelihatan seperti usahawan ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanannya.
IKLAN
Bagaimanapun, Coach Yin tidak memberikan gambaran jelas mengenai kecederaan yang dialami, hanya membuat naik gambar motorsikal kuasa tinggi yang turut mengalami kerosakan.
“Assalamualaikum,kepada y ad wssp sy,Jika sy xde memberi respon sy mintk maaf kerana pagi smlm sy terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke cameron highland.
IKLAN
“Terima kasih kepada semua sahabat sy BRADERS MC kerana dari pagi sampai ke ptg menguruskn keadaan sy,jasa anda tetap sy akn ingt smpai bila2.
“Tanpa anda kemarin ntah bagaimana keadaan sy,,kpd syg @ajramjat02 ,sy kt sini ok,in sha allah mudah2 keadaan sy akn bertambah baik,” tulisnya.
IKLAN
Rata-rata pengikutnya di Instagram turut mendoakan agar dirinya kembali sembuh seperti sedia kala.
Foto: Instagram Coach Yin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 57 hari kelahiran bayi comel yang diberi nama Edriel Obil, pelakon Dynas Mokhtar dan suami Mohamad Shazrik Che Mohd Din telah mengadakan majlis akikah buat anak mereka.
Sekeluarga sedondon mengenai persalinan dalam rona biru tua, majlis itu difahamkan telah dilangsungkan di Damansara, Petaling Jaya.
Malah, beberapa rakan selebriti dilihat hadir ke majlis tersebut, meraikan permata hari bongsu pasangan berkenaan.
Untuk rekod, Dynas atau nama penuhnyaWan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkahwin dengan Shazrik pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Edriel Obil pada 17 Mei lalu.
Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.
Foto:Instagram Dynas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan jenama tudung Fareeda yang penah mencipta fenomena serta cukup eksklusif dan terkenal suatu ketika dahulu. Malah, jenama ini sempat menjadi rebutan khususnya di kalangan hijabi meski harganya mencecah ratusan ringgit sehelai.
Bahkan setiap kali koleksi terkini dilancarkan peminat jenama tersebut sanggup ‘berkampung’ dan berbaris panjang di hadapan butik demi menjadi pemilik terawal tudung Fareeda.
Bisnes Tudung Fareeda Kian ‘Merundum’ Sejak Covid-19 Yang Lalu
Memang luar biasa penangan bisnes usahawan kelahiran Pulau Pinang, Faridah Zakaria!
Empayar niaga yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Faridah Zakaria ini nyata mencetus fenomena dalam sejarah fesyen muslimah tanah air.
Pada tahun 2016 jenama Fareeda viral apabila dipercayai ribuan orang menyerbu dan berhimpit-himpit memasuki butik Fareeda sampai mencetuskan ketegangan.
Waktu itu, anak perempuan pengasasnya iaitu Mawar Abdul Karim yang menjadi wajah rasmi Fareeda menjadi perhatian ramai dan popular. Tambahan pula, rupa paras cantik Mawar dan berita perkahwinannya dengan pelakon kacak, Fizo Omar pada tahun 2013.
Namun kini sambutan terhadap tudung itu tidak lagi semeriah dulu. Pun begitu, Mawar setia menggayakan koleksi Fareeda Group.
Mawar Cabar Diri, Ceburi Bisnes Barang Kemas
Walau bisnes yang diusahakan ibu tersayang terjejas akibat Covid-19 namun Mawar selaku ahli perniagaan enggan mengalah dan terus melangkah dengan membuka cabang bisnes baharu antaranya barangan kemas.
Dia yang genap berusia 34 tahun pada 5 Jun lepas dilihat makin matang dan tenang mengemudi perniagaan. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata tunggal iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Biarpun perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun sebagai ibu tunggal, Mawar kental mendepani cabaran hidup dan berdikari membesarkan anak tersayang.
Malah, dia turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London demi menambah pengetahuan dalam bidang yang diceburi.
Bersandarkan pengaruh dan pengikut mencecah jutaan orang di media sosial, tidak hairanlah apa saja produk diusahawan Mawar mendapat sambutan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza menerusi jenamanya SIMPLYSITI, telah melancarkan koleksi kosmetik
terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia, pada Khamis.
Memanjatkan rasa syukur, Siti dalam satu kenyataan turut yakin dengan sambutan yang bakal diberikan pengguna menerusi koleksi terkininya itu.
“Berkonsepkan ‘SIMPLYSITI FOR ALL’, saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur.
“Ia sesuai bagi penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi,” katanya.
Rangkaian kosmetik ini mula berada di pasaran bermula 9 September dan ia menampilkan koleksi solekan yang terdiri dari SimplySiti ‘2-way Cake’, ‘Compact Powder’, ‘Loose Powder’, ‘Cushion Foundation’, ‘Liquid Foundation’ dan ‘Powder Blush’.
Turut dilancarkan ialah rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu ‘matte’, ‘semi-matte’ dan ‘moist’, ‘9 in 1 Eyeshadow’, ‘SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara’, ‘Eyeliner’ bersama ‘Eye Brow Pencil’ dalam rona hitam dan coklat serta ‘Micellar Water’.
Menurut Siti lagi, setelah 11 tahun berada di pasaran, dia teruja dengan pelancaran kosmetik terbaharu ini kerana pada masa sama, wajah baharu ‘Brand Ambassador’ SimplySiti turut diperkenalkan.
Wajah wakilan ini akan bersama-sama beliau untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti yang akan datang.
Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, merupakan gadis bertuah yang terpilih sebagai ‘Brand Ambassador’ SimplySiti.
Gadis cantik ini berjaya menjadi ‘top finalist’ melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun yang lalu, di mana pihak SimplySiti telah menerima lebih dari 700 penyertaan.
Zahra ialah pelajar tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans UiTM, anak pertama dari dua orang adik-beradik.
Berasal dari Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadi Pembaca Berita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans.
“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi ‘top 4’ dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.
“Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” katanya.
SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim, dimana ia menjadi pilihan wanita islam di Asia.
Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Datuk Sri Siti Nurhaliza sendiri yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ramona Zamzam mengkritik tindakkan individu-individu terkenal yang ketika ini memuat naik hantaran berkaitan konflik di Palestin hanya selepas nama mereka disenaraikan dalam gerakkan boikot.