Cliff Umar Raih 71.42 Peratus Sekaligus Bergelar Juara, Mus Di Tempat Ke-2 Dengan 67.51 Peratus. Lihat Juga Markah Finalis Lainnya!

Share

Persembahan konsisten menerusi tiga buah persembahan termasuk pusingan ‘battle’ dalam saingan akhir Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) menyaksikan juaranya, Cliff Umar meraih markah tertinggi keseluruhan iaitu sebanyak 71.42 peratus.

Naib juara, Mus yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 pula mengumpul sebanyak 67.51 peratus dan Ayu Damit ditempat ketiga dengan 67.42 peratus.

Rapat mengikuti markah diperolehi Ayu ialah Noraniza Idris yang menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 64.23 peratus dan Linda Nanuwil berjaya meraih 63.28 peratus di kedudukan kelima.

Noraniza dan Linda masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000.

Oja pula ditempat keenam 61.70 peratus dan Ashira di kedudukan terendah menerusi 60.90 peratus.

Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.

Program realiti hiburan tahunan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

GV sebelum ini telah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu serta Hadi Mirza sebagai juara musim terdahulu.

GV2020 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Foto: Instagram Astro Gempak

IKLAN