“Cium Bibir Bukan Ajaran Islam,”- Yana Samsudin

Share

Pelakon, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, terkejut apabila anaknya, Aisy Mateen, 3 tahun, tiba-tiba mencium bibirnya, sedangkan dia sudah melarang perbuatan itu sebelum ini.

Perkara itu diluahkan bintang filem Adnan Sempit di Instagrammya baru-baru ini.

“Baru semalam tegur @aisymateen Dan saya share pengalaman saya di FanPage Facebook saya. Hari ni dia buat lagi masa live di Insta… #NasibBaikMasihKecikLagi,”tulisnya.

Luah Yana, dia bimbang sekiranya perbuatan tersebut (mencium mulut) yang dilakukan anaknya terhadap orang lain mungkin menimbulkan salah faham.

“Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti,

“Mulut juga adalah bahagian private part.

“Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing),

“Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan,

“Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik kecik kita dah biasakan,

“Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran islam,” kongsi pelakon berusia 35 tahun itu.

Menerusi ruangan komen,rata-rata bersetuju dengan cara didikan adik ipar Datuk Farid Kamil itu.

Terdahulu,Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisy Mateen,3 tahun.

Foto: Instagram Yana

IKLAN