“Cina Pun Reti Tutup Aurat,”- Aduhai, Kilafairy Dikecam Gara-Gara Pakai Baju Ketat Bercorak Ular Sawa

Share

Terbaru, pelakon dan penyanyi Kilafairy telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa terdahulu menghadiri satu majlis pelancaran alat solek jenama antarabangsa yang berlangsung di Gaysorn Urban Resort, Bangkok, Thailand.

Selain Kila, turut sama di majlis berkenaan ialah rakan artis tempatan lainnya.

“Crazy in love with my bff, the

#BigEgoMascara Swipe left and check out how cute we both look @tartecosmetics

@sephoramy#trippinwithtarte#sephoralovestarte,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian oleh pelakon bintang filem Karak itu menerima kecaman dan komen yang berbaur negatif daripada netizen.

Rata-rata netizen memberikan pendapat helaian persalinan yang dipakai oleh Kilafairy.

Rata-rata memberi reaksi ia kelihatan keterlaluan dan seksi.

Apapun, setiap individu mempunyai hak atau pendapat yang tersendiri. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat Kilafairy.

Foto : Instagram Kilafairy

IKLAN