“Cikgu Sekolah Mana. Aku Datang,”- Kata Sharifah Shahira Bila Ada Yang Berani Nasihat Suruh Bertudung

Share

Foto pelakon Sharifah Shahirah bersama Neelofa semalam mendapat banyak perhatian netizen khususnya para ‘makcik bawang’.

Dalam foto yang dimuat naik Shiera itu, kelihatan dia mengenakan ‘turban’ stail Lofa.

“Snow white and the evil witch one. Lol,” tulisnya di kapsyen.

Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ada netizen yang menegur bila agaknya pelakon drama My Coffee Prince itu akan bertudung.

“Neelofa cantik bertudung, orang sebelah tu bila lagi,” soal individu tersebut.

Namun, ini pula yang dibalas oleh Shiera.

“Asal mana? Cikgu sekolah mana. Aku datang,” balasnya.

Sementara itu, ada beberapa netizen lain yang memberikan sokongan kepada pelakon itu.

Haaa…tu dia kan dah kena setepek. Shiera juga sebelum ini mengakui dia suka membaca dan membalas komen netizen di laman Instagramnya itu.

Pada MH, kalau nak nasihat tu haruslah kena gayanya, kalau tak dah jadi lain pula kan? Apa-apapun, semoga ini menjadi pengajaran buat semua agar sering menjaga hati sesama kita ya!

Foto/Instgaram: Sharifah Shahirah

IKLAN