Zarol Zarif, pemilik nama yang pernah menyertai rancangan realiti TV, Akademia Fantasia 2016 satu ketika dahulu.

Entah di mana silapnya, namanya agak tenggelam berbanding dengan rakan seangkatan yang lain.

Terbaru, Zarol tampil dengan single bertajuk ‘Bidadari’ ciptaan Yama Watanabe dan Dr Irma. Zarol mengharapkan agar peminat dapat menerima baik lagu tersebut.

Cikgu Ellie Pernah Suruh Berlakon, Tapi Nak Fokus Nyanyian Dulu – Zarol Zarif

IKLAN

Dalam kesempatan MH bertemu dengan Zarol, sempat juga bertanya mengenai perancangannya untuk tahun 2018.

“Zarol nak fokus pada single Bidadari terlebih dahulu, kemudian mungkin next single? Sekarang ini memang nak fokus pada bidang nyanyian sahaja.

“Berlakon? erm.. dulu masa di AF, Cikgu Ellie ada suruh saya berlakon tapi sejujurnya saya memang tidak reti berlakon, takut kaku pula nanti.

“Tapi kalau ada yang sudi menawarkan watak, boleh je,” katanya.

Dalam pada itu juga, Zarol mengakui bukan mudah mengorak langkah sebagai anak seni setelah tamat program AF.

IKLAN

Cikgu Ellie Pernah Suruh Berlakon, Tapi Nak Fokus Nyanyian Dulu – Zarol Zarif

“Ya, agak sukar tapi kita kena pandai ambil peluang yang ada, tak boleh lah terus senyap. Kena berusaha, keluarkan single ke..

“Gunakan platform yang ada ini untuk tonjolkan bakat,” katanya lagi.

Sementara itu, Zarol turut tumpang berbangga dengan kejayaan rakan seangkatan Ara Johari yang kini makin bersinar dalam industri seni tanah air.

IKLAN

“Saya bangga dengan Ara, dengan kejayaan dia sekarang dan yang penting dia masih Ara yang dulu, yang cool, sekepala.

“Jadi harap-harap tahun 2018 ini tahun saya pula lah untuk berjaya macam dia,” katanya lagi.

Cikgu Ellie Pernah Suruh Berlakon, Tapi Nak Fokus Nyanyian Dulu – Zarol Zarif

MH dah dengar pun single Bidadari tu, sedap betul lagunya… memang kena dengan muzik pilihan pendengar sekarang.

Apa-apapun, semoga berjaya ya pada Zarol, kalau dapat tawaran berlakon tu…ambil saja. Hehehe…

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI