Tak perlu diperkenalkan lagi chef selebriti terkenal, Chef Wan yang sangat hebat dalam bidang masakan.

Tetapi baru-baru ini MH Online ada dengar cerita tentang Chef Wan ingin cekik seseorang, betul ke? Takutnya!

Chill, jangan panik, sebenarntya macam ni cerita dia, terbaru menerusi akaun Instagram Chef Wan ada berkongsi sedikit pendapat peribadinya agar setiap individu menghormati agama sesama sendiri.

Menurutnya, sebelum kita ingin orang lain menghormati agama kita, kita haruslah tunjuk tauladan yang baik pada agama lain.

IKLAN

“Jika saya boleh keluar dari kubur dan mampus saya cekek2 kan manusia2 yg tidak pandai menghormati budaya kaum2 lain ini.

 

“Kita nak org hormati agama kita tetapi kita pulak yg tunjuk perangai kurang ajar kita kepada bangsa asing.

 

“Bila org mengutuk agama atau bangsa kita pandai pulak nak melatah dan moroyan.

 

“This are an example of all this selfish human beings in this world that only think of themselves and no one else.

 

“Perhaps tolerance and respect is never in their system.

 

“All they wish to do is to corrupt this world with their ridiculously ideology and then spread hatred and vengence….destroy everything in its path and ruin our peace in this world,” tulis Chef Wan di ruang kapsyen.

Bersetuju dengan setiap point yang diketengahkan, ramai netizen turut bersetuju dengan kata-kata chef nombor satu Malaysia ini.

rosemaryrus: Yes…yes….yessss….i setuju 200% dgn pandangan u Dato

IKLAN

ducativogue: Well.said Dato..truly agree 1000%. I am in complete agreement with your opinions and statements. ❤❤❤Dato tight tight.?

t0t4llyg4y: Setuju.. Kita kena byk bljr pasal budaya luar kalau kita nak org hormat budaya kita. Drpd buka youtube dok cerita gossip, baik buka pasal culture n etc kan. Skrg channel mcm national geo or discovery channel ada ceritakan pasal culture negara2 org. At least kita tambah ilmu. Betul tak dato’ @chefwan58 ?

IKLAN

Bagi MH Online, ada benarnya apa yang dikatakan oleh Chef Wan itu. Ada kalanya kita harus belajar untuk bertoleransi dan jaga adab perhubungan.

Diharap pendapat peribadi Chef Wan ini sedikit sebanyak dapat membuka hati segelintir masyarakat untuk lebih menghormati agama dan budaya masing-masing.

Sumber: Instagram Chef Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI