Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan dia telah berdamai dengan bekas menantu, Shikin Maembong.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Chef Wan berkata dia enggan memanjangkan lagi ‘persengketaan’ mereka sebaliknya mengambil keputusan untuk berbaik demi cucunya, Arianna yang merupakan anak tunggal Shikin bersama bekas suaminya, Chef Riz.
“Sungguh manis melihat kedua-dua cucu perempuan saya berbaju kurung dan kebaya.
“Air dicincang tidak akan putus. Sebagai orang dewasa, kedua-dua kami turut melakukan kesilapan.
“Jadi, kami mengambil keputusan untuk melupakan segala yang berlaku.
“Memaafkan di antara satu sama lain dan belajar daripada kesilapan kami serta berubah ke arah kehidupan yang lebih bahagia.
Ads
“Sebagai seorang datuk, saya akan sentiasa ada dan cuba melakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu mahupun bekas menantu. Itu janji saya. Insyallah, Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Chef Wan lagi, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap Shikin yang merupakan kakak kepada aktres Emma dan Chacha Maembong.
“Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak kan ke mana. Lagipun saya tidak pernah pun ada rasa begitu terhadap Shikin pun.
Ads
“Duit saman menyaman ni akan kayakan peguam-peguam sahaja serta membuang masa kita sahaja masing-masing pun.
“Baik lagi duit itu saya peruntukan untuk urusan membesar, kebajikan dan pelajaran Arianna di masa hadapan,” tulisnya lagi.
Shikin kemudian menitipkan komen betapa dia dan Arianna sangat menyayangi Chef Wan.
“Me and Arianna love you so much,” tulis Shikin.
Ads
Terdahulu, media melaporkan persengketaan timbul di antara mereka susulan teguran terbuka Chef Wan terhadap Shikin melibatkan permasalahannya dengan bekas suami pada ketika itu.
Disebabkan teguran tersebut, Shikin kemudiannya bertindak menghantar surat saman malu terhadap bekas bapa mentuanya itu.
Sekadar info, Shikin mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz pada 5 Disember 2014 namun jodoh tidak berpanjangan apabila mereka disahkan bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Bella Astillah berkongsi beberapa keping fotonya bersama pelakon dan model kacak, Malek Mccrone di Instagram sekaligus mencuri perhatian peminat.
Mereka berdua saling bekerjasama menerusi drama rantaian, Aku Tanpa Cintamu yang telah melabuhkan tirainya, malam tadi.
Bella mendukung watak sebagai Nuha sementara Malek pula memegang peranan sebagai Hadi.
“I appreciate you and the many years of friendship you’ve provided. Kau baik sangat Hadi” – Nuha
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penonton siri drama tersebut meninggalkan reaksi pelbagai susulan pengakhiran tiap watak di dalam drama arahan Emi Suffian itu.
“Okay kes Nuha dengan Adam dah settled. Tinggal Aira dengan Hayyat pula.”
“Happy ending Nuha. You are strong woman. Kalau orang caci maki you pun, buat bodoh okay. See Adam kat dalam pun masih nampak kebaikan you. To all Nuha out there (i knew there’s you) you did well.”
“Akhirnya Nuha bebas dari Adam, nak season 2.”
“Finally Nuha bebas. Kan best Hadi kahwin dengan Nuha.”
“Ala tak suka ending sebab Hadi just jadi ayah angkat je. Patutnya jadi lah ayah tiri.”
“Tiba-tiba kesian pulak kat Adam. Sebelum ni meluat sangat.”
Imbas kembali, drama 15 episod itu bersiaran di Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar. Selain Bella dan Malek, pelakon lain yang turut terlibat ialah Zamarul Hisham, Eizlan Yusof, Mas Anizan Shah Iskandar, Julia Farhana Marin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fauzi Nawawi berkongsikan detik cemas apabila kediamannya dimasuki ular sawa batik melalui lubang tandas pada malam Jumaat.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fauzi memuat naik video kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu termasuk reaksi isteri, Lisdawati dan anak-anak apabila berhadapan kejadian tersebut.
Dalam entri itu juga, Fauzi turut merakamkan ucapan penghargaannya buat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bertungkus-lumus menangkap ular sawa berkenaan.
“Jutaan terima kasih pada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Dulu lebah masuk rumah, lepas tu tragedi ribut dan pokok tumbang dan malam ni ada ular sawa pula masuk rumah.
“Pada Encik Khairil, Helmi , Saliha dan ramai lagi saya tak ingat nama… sanggup datang tengah malam bantu kami terima kasih banyak-banyak.
“Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian,” tulis Fauzi di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Lisdawati turut berkongsikan foto dia dan Fauzi serta anggota JPAM berposing dengan hasil tangkapan mereka pada malam tadi menerusi Insta Story.
“Hasil tangkapan malam, ular sawa batik.
“Terima kasih Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fauzi Nawawi, Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketua juri program Gegar Vagaza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS menyifatkan ketiadaan penyanyi Dina Nadzir di pentas susulan pemergiaan bapanya, Mohd Nadzir Gulam Kadir, pada Ahad sebagai suatu perkara yang di luar bidang kuasa.
Ramli berkata, sebagai juri mereka memahami akan situasi sukar yang berlaku kepada mana-mana peserta sepanjang pertandingan.
“Timbang rasa itu perlu ada sebagai manusia. Semalam (Sabtu), saya tidak perasan. Saya ada tegur mengenai cara nyanyiannya. Kenapa menyanyi macam tu? Tapi ketika saya tegurnya itu, dia menerima panggilan.
“Waktu itulah kami baru tahu bapanya ketika itu tengah nazak. Saya jarang marah penyanyi, tapi saya sebagai pengarah muzik dan peranan saya untuk mendidik, saya perlu berkeras.
“Kemudian bila dapat tahu mengenai perkhabaran tersebut, kami just ‘cut off’ (hentikan sesi latihan). Bila hal itu berlaku, saya memahami dan turut bersimpati atas kehilangan arwah bapanya.
“Lalu pihak Astro mengambil pendirian bertimbang rasa itu… we just cannot drop her tanpa bertanding. Kami sepakat dan faham bahawa tiada penyingkiran,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan bapa penyanyi lagu Malu Tapi Mahu itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad.
Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.
Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...